Kanak-Kanak Sedang Bermain Gajet

Kuala Lumpur, 19/2/2025
Kementerian Kesihatan Malaysia semalam membuat satu hantaran di Facebook bertajuk ‘Anak-anak ketagih dengan gajet?’ telah mendapat perhatian umum dan menjadi tular di media sosial kerana isu ketagihan gajet sudah mula membarah didalam masyarakat terutama bagi kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. Gajet dari hari ke hari semakin canggih dan berinovasi sehinggakan hidup menjadi seolah-olah tidak lengkap tanpanya. Terbaru gajet bukan sahaja semakin canggih tetapi didatangkan dengan pelbagai pilihan dan variasi seperi telefon pintar, komputer riba, ipad, ipods, tablets dan lain-lain lagi.

Terdahulu sebelum ini sebuah artikel dikeluarkan di Buletin Umum Pusat Racun Negara (PenawarRacun), Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dah memetik dapatan dari dua orang pensyarah yang lebih arif tentang isu ini;

Sementara itu Jonathan Haidt, seorang pakar psikologi social yang menulis buku bertajuk “The Anxious Generation,” hasil dari kajiannya selama lebih dari lima tahun (tahun 2010-2015) memberitahu penggunaan gajet berlebihan bukan hanya menyebabkan peningkatan kemurungan dan tekanan (anxiety & stress), malah boleh menyebabkan berlakunya kerencatan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Malaysia didalam hantarannya di Facebook juga ada menyarankan beberapa langkah diambil bagi membendung ketagihan gajet dikalangan kanak-kanak antaranya;

1. Pastikan tiada langsung pendedahan gajet pada anak berusia 2 tahun ke bawah
2. Tetapkan masa penggunaan 1 jam sahaja setiap hari untuk anak berumur 2 hingga 5 tahun
2. Banyakkan aktiviti bermain di luar

Sudah sampai masanya penggunaan gajet perlu dikawal terutama dikalangan kanak-kanak bagi mengelakan kesan negative kepada perkembangan kognitif dan sosial mereka.

#PrezCom