HRDCorp Ada 28,003 Jurulatih Bertauliah Tetapi Hanya 3,027 Jurulatih Mendapat Akreditasi

Kuala Lumpur, 18/2/2025

Pembangunan Sumber Manusia Berhad atau lebih di kenali sebagai HRD Corp iaitu salah sebuah agensi di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia diberi mandat untuk memacu pengembangan tenaga kerja Malaysia di masa kini dan pada masa hadapan, sejajar dengan usaha negara untuk mencapai tahap ekonomi yang maju dan berpendapatan tinggi.

Baru-baru HRD Corp telah mengeluarkan satu laporan tahunan; HRDC 2023 di mana HRD corp telah berjaya mengutip kutipan levi tertinggi sebanyak RM2.13bilion dan dari jumah itu sebanyak RM1.52 bilion telah dikeluarkan sebagai pembayaran tuntutan yang memberi menafaat kepada majikan dan pekerja. Dapatan juga menunjukkan lebih 2.29 juta peluang Latihan telah disediakan untuk memperkukuh daya saing tenaga kerja di Malaysia.

Tahun 2024 pula menyaksikan pelbagai inisiatif Utama telah dijalankan dan ini termasuk:
1. Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor dengan program Latihan percuma di seluruh negara.
2. Forum Kemahiran ASEAN 2024, di mana HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menghimpunkan pemimpin serantau untuk membincangkan trend tenaga kerja.
3. Anugerah HRD 2024, yang meraikan kecemerlangan dalam pembangunan modal insan Malaysia dan
4. Pengembangan platform e-LATiH, memperluas akses kepada pembelajaran digital.

Dan yang terbaharu Menteri Sumber Manusia YB Steven Sim Chee Keong turut merasmikan Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2024, mengukuhkan peranan HRD Corp dalam memperkasakan pembangunan bakat di Asia Tenggara.

Di sebalik penganjuran program berskala besar laporan HRDC 2023 juga ada menunjukkan data yang amat merungsingkan apabila laporan menyatakan sehingga 31 Disember 2023, terdapat seramai 28,003 orang jurulatih bertauliah walaubagaimanapun dari jumlah itu hanya terdapat 3,027 orang sahaja yang telah mendapat status akreditasi. Adakah data ini menunjukkan tidak ramai jurulatih yang berminat untuk terus bersama-sama HRD Corp ataupun HRD Corp mempunyai proses akreditasi yang terlalu sukar untuk di santuni sehingga sejumlah besar dari jurulatih-jurulatih ini tidak mendapat status akreditasi.

#PrezCom