Perpaduan Negara Apabila Ada Cadangan Mewujudkan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam?
Apakah peranan oleh Kementerian Perpaduan Negara selama ini tidak begitu berfungsi dengan berkesan apabila sering berlaku ketegangan isu agama di negara kita sejak kebelakangan ini?

Kuala Lumpur, 15 Jan 2025, 1.00 tengahari – KECOH sejak kebelakangan ini mengenai saranan seorang ahli Parlimen Raub iaitu YB Chow Yu Hui, supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu satu menteri untuk hal ehwal agama Islam dan satu lagi menteri untuk hal ehwal bukan Islam.

Persoalannya di sini, apa tugas sebenar Menteri Perpaduan Negara di dalam kerajaan di hari ini?? Di mana suara beliau apabila berlaku beberapa insiden yang melibatkan agama sebagai contoh isu halal Jakim yang mengemparkan negara pada tahun lalu dan isu terbaru mengenai garis panduan untuk orang-orang Islam apabila berada di dalam majlis bukan Islam.

Jadi sebenarnya apa fungsi Menteri Perpaduan sekarang apabila ada cadangan untuk mengwujudkan portfolio baharu untuk jawatan menteri hal ehwal bukan Islam?? Adakah tugas beliau tidak diyakini ? Adakah penglibatan beliau di dalam beberapa isu panas yang mengaitkan agama Islam dan beberapa kaum lain tidak berkesan dan tidak membantu untuk bersuara bagi meredakan keadaan

Sepatutnya penekanan harus diberikan kepada kementerian ini supaya turut terlibat secara serius apabila berlaku sesuatu perkara yang melibatkan kaum dan agama. Jangan hanya mengharapkan Menteri Dalam Negeri Dan Jakim sahaja untuk bertindak. Kementerian Perpaduan Negara harus menjadi “trouble shooter” kepada permasalahan yang melibatkan agama dan kaum di dalam negara kita.

Adakah 6 perkara yang menjadi asas kepada kementerian ini benar-benar diikuti ???

PERKHIDMATAN TERAS KEMENTERIAN

1. Meningkatkan Jati Diri dan Semangat Cintakan Negara.
2. Mengukuhkan Tapak Integrasi Sosial
3. Meningkatkan Keharmonian antara Penganut Agama
4. Memperkukuh Ekosistem Perpaduan yang Mampan bagi Membangun Masyarakat Progresif
5. Memperkukuh Jaringan Kolaborasi Strategik
6. Memperkukuh Mekanisme Penilaian Keberkesanan Program.

Atau sekadar untuk menjadi teras perpaduan pada jabatan sahaja ???

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: