14/2/2025, Kuala Lumpur

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan Malaysia berpendirian tetap dan kukuh didalam isu Gaza iaitu akan terus bersuara lantang mempertahankan hak Palestin. Perdana Menteri menyatakan pendirian ini Ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam di Puchong Perdana, Selangor di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim terdahulu sebelum ini menegaskan pendirian tegas Malaysia mengutuk dan menyifatkan tindakan Israel sebagai satu ‘Projek Kolonisasi’ atau ‘Penjajahan’ dan beliau juga mengkritik keenganan masyarakat antarabangsa tidak mahu mengambil Tindakan tegas terhadap Israel.

#PrezCom