Kuala Lumpur, Februari 13, 2025 – GM Prestige, acara tahunan yang ditunggu-tunggu, akhirnya ‘meletup’ di Zepp Kuala Lumpur dengan tema cyberock. Kali ini, GM Prestige diserikan dengan kehadiran pengarah urusan dan pengurusan tertinggi Coway Malaysia. GM Prestige diadakan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian luar biasa di dalam industri Coway Malaysia.

Pastinya kepada para pemenang, saat-saat yang sangat dinantikan ialah ketika nama-nama mereka dipanggil untuk menerima anugerah di pentas gemilang GM Prestige. 351 konsultan elit mewarnai pentas GM Prestige dengan warna-warna neon cyberpunk dan warna hitam rock n roll. Untuk rekod, EC Team telah dijulang sebagai juara keseluruhan untuk tahun 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan Bisnes Coway Malaysia, Luis Jeong menyampaikan ucaptama di GM Prestige Cyberock 2025.
Pengarah Urusan Kumpulan Bisnes Coway Malaysia, Luis Jeong menyampaikan ucaptama di GM Prestige Cyberock 2025.

Pengarah Urusan Kumpulan Bisnes Coway Malaysia, Luis Jeong, dalam ucapannya berkongsi aspirasi syarikat dan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh hadirin untuk tahun 2025. Beliau menegaskan kepentingan semangat berpasukan yang kuat untuk mengekalkan momentum kejayaan. Beliau sempat berceloteh dalam Bahasa Kebangsaan dan disambut dengan sorakan gemuruh daripada para hadirin.

Satu lagi detik bersejarah ialah pengiktirafan MDdT kepada 51 orang HP (Health Planner) daripada Coway Malaysia. MDdt ialah Million Dollar DST Team yang diilhamkan oleh Wallace Lim Tuan Jin. Beliau merupakan Senior General Manager Coway Malaysia yang bertanggungjawab memastikan prestasi DST (Direct selling Team) berada di standard tertinggi. Beliau juga sempat memberikan teaser produk-produk terbaru yang akan Coway keluarkan pada bulan Mac dan April nanti.

Para penerima Anugrah MDdT bergambar bersama-sama Pengurusan Coway Malaysia.
Para penerima Anugrah MDdT bergambar bersama-sama Pengurusan Coway Malaysia.

Sebagai pelengkap kepada acara kali ini, hadirin dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada Fiezzta Band. Suasana menjadi lebih istimewa dengan sing-along daripada para hadirin. Ia bukan sekadar menyemarakkan suasana, pastinya ia juga pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga mestilah diberikan kepada tenaga kerja di belakang tabir yang menjayakan GM Prestige Cyberock 2025. Usaha siang malam tanpa mengenal penat lelah terbukti membuahkan hasil yang sangat menakjubkan. Persiapan seawal jam 5 pagi dilakukan dengan sangat rapi yang ditunjangi oleh oleh para PA (personal assistants), pelatih-pelatih Talentstry (Talents in Industry), Allstar Synergy, SM (Senior Manager) dan HM (Health Manager) merupakan bukti dedikasi dan keikhlasan yang tidak ternilai dengan wang ringgit.

Barisan kepimpinan EC Team dan Coway Malaysia
Barisan kepimpinan EC Team dan Coway Malaysia

Dengan kejayaan GM Prestige Cyberock 2025, diharapkan semangat kecemerlangan dan keazaman  dijadikan pemangkin untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan tamat pada jam 3 petang.

#Coway
#CowayMalaysia
#EC Team
#Prezcom