JIka Sedap Mefitnah, Sedap Juga Hukuman Yang Akan Diterima.
Fitnah merupakan pemindahan maklumat dari percakapan manusia atau orang ramai kepada seseorang yang lain dengan tujuan untuk merosakkan hubungan di antara mereka.

Kuala Lumpur, 21 Jan 2025, 4.00 petang – ISLAM menegah perbuatan fitnah ini bagi menjaga keharmonian masyarakat khususnya sesama Islam. Nabi SAW mengecam perbuatan fitnah ini sekeras-kerasnya sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).

Fitnah merupakan pemindahan maklumat dari percakapan manusia atau orang ramai kepada seseorang yang lain dengan tujuan untuk merosakkan hubungan di antara mereka.

menjadikan perbuatan fitnah ini semakin mudah tersebar melalui media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan lain-lain hanya menggunakan jari jemari sahaja.

Dengan platformedia yang ada pada hari ini, semua berita yang berlaku di daerah pedalaman dapat diketahui seluruh dunia dalam masa yang sangat singkat dan amat payah untuk dinafikan dan berbagai cara perlu dibuat bagi menafikan apa yang difitnah oleh mereka.

Ada desas desus mengatakan berbagai platform media sosial perlu ditamatkan perkhidmatan baik di Malaysia mahu pun diseluruh dunia. Salah satu sebabnya adalah tidak ta…

Sesiapa pun perlu berhati-hatilah dalam menghamburkan kata-kata atau menyebarkan kenyataan dalam bentuk penulisan dan sebagainya. s Api fitnah yang bermula kecil dan akhirnya membesar sehingga membakar diri sendiri. Jadi berpandu lah pada keimanan untuk menyatakan sesuatu agar tidak terjadi fitnah yang boleh membinasakan orang lain.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

BERSATU Dan PAS Tiada Persefahaman Lagi. Tunggu Bercerai??