Baru-baru ini, 60 usahawan terbaik Coway Malaysia telah berhimpun di Hotel Ames, Melaka untuk mengatur strategi dan gerak kerja bagi menghadapi tahun 2025. Program yang dahulunya dikenali dengan nama The Grand Meeting, kini diberi nafas baru dengan nama Leadershift. Seawal jam 8 pagi perkarangan hotel dipenuhi dengan usahawan-usahawan Coway yang datang dari seluruh pelosok tanahair.
GM Mohd Sabky menerima Modul Transformational Leadership daripada Coach Megat.
Majlis dimulakan dengan penstrukturan semula EC Team Academy yang diketuai oleh pengetuanya, Senior Manager (SM) Khairul Bariyah binti Abdul Matin. Untuk makluman, EC Team Academy atau lebih dikenali dengan ECTA, menyediakan kelas-kelas teknikal dan bimbingan kepada Health Planner (HP) Coway pada setiap Isnin yang telah bermula sejak Januari 2024. Untuk memastikan ECTA terus relevan, langkah-langkah penambahbaikan telah diambil. Kali ini, setiap program ECTA akan dikepalai oleh Subject Matter Experts (SME) yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Lebih menarik, kelas Product Forensics pada tahun 2025 akan dianjurkan dengan kerjasama Education Department Coway Malaysia. Tidak cukup dengan itu, ECTA kini melebarkan sayapnya ke Terengganu dan Johor, yang sebelum ini hanya berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Penyampaian sijil Translead kepada peserta oleh Coach Megat dan GM Mohd Sabky.
Suasana bertukar ceria apabila sesi permainan dijalankan. Kebersamaan yang padu, jelas kelihatan daripada raut wajah kesemua peserta yang hadir. Seterusnya, acara diteruskan dengan sesi perkongsian daripada Coach Megat yang berilmiah dan sangat menginspirasi. Coach Megat mengingatkan peserta supaya mengaplikasikan semua ilmu yang telah disampaikan semasa program Translead. Translead atau nama penuhnya, Transformational Leadership memberi fokus kepada aspek kepimpinan, pengurusan prestasi, pengurusan konflik, pengurusan pasukan, Leadership Coaching dan Emotional Intelligence.
60 Usahawan-usahawan terbaik Coway Malaysia di program Leadershift.
Acara sampai ke kemuncaknya ketika sesi penyampaian sijil kepada semua peserta yang telah melengkapkan program Translead. Selepas 10 bulan menjalani program, kesemua peserta kini dilengkapi dengan ilmu dan tools untuk memimpin dan melonjakkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Untuk rekod, Translead yang dikelolakan oleh Allstar Synergy adalah program pertama yang memfokuskan 100 peratus kepada Sales Leadership, sepanjang 18 tahun Coway bertapak di Malaysia.
GM Mohd Sabky menyampaikan ucaptamanya di Program Leadershift.
Akhir sekali, acara yang ditunggu-tunggu ialah ucapan utama daripada General Manager (GM) Mohd Sabky Mat Latif. Beliau memulakan ucapan dengan rangkuman prestasi dari segi jualan dan recruitment untuk tahun 2024. Tema bagi tahun 2025 ialah High Performance Game. Oleh sebab itu, banyak inisiatif-inisiatif baru yang bakal diperkenalkan untuk memastikan Coway kekal mendominasi pasaran Home Appliances di Malaysia. “Fokus utama tahun 2025 ialah mantapkan 3C, Competency, Capacity dan Capability”, jelas GM Mohd Sabky dan disahut dengan tepukan gemuruh daripada peserta. Beliau menutup sesi dengan mengumumkan ECTeam adalah juara keseluruhan bagi tahun 2024. Sejarah sekali lagi tercipta apabila beliau mengumumkan jurang antara tempat pertama dan kedua ialah 5000 unit jualan secara keseluruhan. Suatu pencapaian yang luar biasa dan mengagumkan.
Majlis diakhiri dengan sesi potong kek sebagai simbolik kejayaan ECTeam mendominasi tahun 2024 dengan cemerlang. Majlis bersurai tepat jam 1:30 tengah hari.
#Coway
#CowayMalaysia
#AllstarSynergy
#HighPerformanceGame2025