
Kuala Lumpur, 26 Dec 2024, 6.00 petang -NAIB Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Pengerusi JKNCR UA Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman menyangkal tuduhan kemasukan pelajar secara tidak sah ke universiti awam adalah tidak berasas dan tanpa bukti kukuh.
Mohd Ekhwan menegaskan Program kritikal ada had pelajar, sekiranya penuh ia tidak akan ditawarkan kepada saluran terbuka. Beliau turut menegaskan proses pemilihan pelajar ke universiti awam adalah melalui saluran terbuka atau saluran komersial yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah mengeluarkan data bahawa tidak sampai 10 peratus pelajar yang masuk melalui saluran terbuka ini berbanding saluran perdana. “Ia adalah kira-kira 11,860 berbanding dengan keseluruhan pengambilan pelajar bagi setiap kohort iaitu hampir 150,000 pelajar,” katanya.
Mohd Ekhwan juga berkata,universiti awam bergantung kepada kekosongan universiti. Beliau menambah lagi program kritikal jarang dibuka. Ini disebabkan saluran perdana telah dipenuhkan terutamanya pelajar yang layak termasuk daripada kumpulan B40, T20 dan juga M20.
Menurut beliau lagi, universiti awam menyediakan akses pendidikan yang berkualiti yang telah memenuhi syarat dan kelayakkan. Akses pendidikan di Universiti Awam tidak mengira latar belakang. Tidak ada alasan untuk memasukkan pelajar dengan cara yang tidak sah kerana ramai pelajar yang berkelayakkan yang telah memenuhi syarat yang sah untuk meneruskan pengajian di Universiti Awam.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: