
Kuala Lumpur, 23 Dec 2024, 12.00 tengahari – PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kerjasama diantara BN dan Kerajaan Perpaduan berjalan sehingga PRU-16 sahaja.
Oleh itu, Zahid menggesa supaya pendapat BN mesti didengari untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil. Zahid juga menegaskan bahawa Umno merupakan tulang belakang BN, sentiasa mementingkan kesetiaan di dalam politik.
Soal kesetiaan di dalam parti merupakan satu perkara yang serius yang dititik beratkan oleh Umno. Zahid menegaskan lagi, untuk menjaga keharmonian di dalam Kerajaan Perpaduan dan jangan ada sebarang usaha untuk membawa ahli Umno terutama dikalangan MT untuk menyeberangi ke parti lain. Zahid berkata demikian di dalam ucapannya di Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024.
Baru-baru ini dunia politik Malaysia dikejutkan dengan desas desus mengatakan bahawa sa ah seorang MT Umno iaitu Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menyeberangi ke Parti Keadilan Rakyat ( PKR).
Persoalannya disini, adakah permintaan Zahid kepada pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan akan didengar oleh mereka? Sekiranya seorang ahli politik yang begitu berkaliber seperti Tengku Zafrul mahu menyeberang ke parti PKR, adakah Presiden PKR akan menolak?
Kebolehan Tengku Zafrul di dalam arena politik sangat menyerlah dan beliau dilihat begitu disenangi oleh Perdana Menteri yang juga Presiden PKR. Setiap tugas yang diamanahkan oleh Perdana Menteri kepadanya tidak pernah mengecewakan malah sering membawa pulang keputusan-keputusan yang menyenangkan hati Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia. Mampukah Presiden PKR menolak permintaan seorang ahli politik yang berjaya dan cemerlang seperti Tengku Zafrul??
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :