
Kuala Lumpur, 22 Dec 2024, 9.00, malam – AGENSI Keselamatan Siber Kebangsaan (Nacsa) memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyiasat laporan yang mendakwa data 17 juta MyKad, atau kad pengenalan Malaysia, telah dibocorkan dan dijual di Web Gelap.
Menurut Nacsa, mereka faham isu ini amat membimbangkan orang ramai dan ingin memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka mengambil serius tentang perkara ini,” kata jurucakapnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan 4 Dis kepada LifestyleTech.
Pakar Nacsa akan menyiasat secara menyeluruh untuk mengesahkan kesahihan dakwaan ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku.
Nacsa komited untuk melindungi data peribadi dan akan mengambil tindakan yang perlu berdasarkan penemuan mereka.
Firma risikan ancaman Dark Web StealthMole buat pertama kali mengenengahkan isu ini pada 3 Dis di X, dengan menyatakan bahawa ada pihak tertentu yang memiliki data MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia dan menawarkannya untuk dijual di web gelap.
“Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap,” tulis syarikat itu dalam catatan itu.
Pelanggaran data besar-besaran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan.
Nacsa berkata, mereka akan mengemas kini semua data apabila lebih banyak maklumat tersedia sambil menggesa orang ramai untuk mengelak daripada menyebarkan laporan ini dari sumber yang tidak disahkan dan hanya merujuk kepada maklumat yang disahkan daripada pihak berkuasa.
Nacsa, menasihati orang ramai supaya memantau akaun bank dan laporan kredit jika terdapat elemen yang mencurigakan. Rakyat Malaysia perlu kekal berhati-hati terhadap komunikasi yang tidak diminta, mengelak daripada menekan pautan atau membuka lampiran daripada pengirim yang tidak diketahui. Gunakan kata laluan yang kukuh dan memastikan perisian dikemas kini serta mengamalkan kebersihan siber yang baik.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: