
Kuala Lumpur, 20 Dec 2024, 9.00 malam -KETIKA menghampiri musim pilihan raya di Malaysia, kita tidak boleh menutup mata terhadap amalan kempen yang adakalanya tidak terduga dilakukan oleh setiap parti yang bertanding. Musim pilihan raya akan datang setiap lima tahun sekali. Amalan yang biasa dilakukan oleh calon apabila berkempen sememangnya diluar jangkaan. Terdapat ahli politik akan bersungguh-sungguh mencium bayi, mengwujudkan semula jalan-jalan tempatan dan menurut setiap kemahuan penduduk serta membuat janji-janji yang besar termasuklah ada yang mustahil dilakukan dan menipu.
Semasa musim berkempen, para pengundi di ibaratkan seperti kanak-kanak yang diberi gula-gula sebagai upah untuk mengikut kata-kata mereka. Memberi berbagai buah tangan dan peruntukan kepada penduduk dikawasan masing-masing dengan harapan pengundi akan memilih mereka sebagaiĀ wakil rakyat untuk penggal seterusnya. Masuk ke ceruk kampung dengan muka yang tebal pada wakil rakyat yang hanya datang untuk berkempen mengikut musim tetapi akan disambut seperti menteri sekiranya calon wakil rakyat yang sentiasa menunjukkan muka kepada orang -orang kampung.
Apa yang berlaku dibeberapa siri pilihan raya yang lalu telah dijadikan pengajaran oleh semua pengundi diseluruh negara. Kata-kata dan gula-gula manis bukan lagi boleh dijadikan umpan seperti dahulu. Rakyat sekarangĀ sudah muak dengan janji manis tetapi sebenarnya menghiris hati. Kerajaan silih berganti tetapi rakyat tetap perlu berkerja dan dinasihatkan supaya tidak bergantung kepada bantuan kerajaan. Dengan itu apa perlu memilih kerajaan yang diharap boleh membantu? Apa perlu bersusah payah berkorban tenaga untuk memenang parti politik ? Hanya hadir untuk memenuhi bagi menunaikan kewajiban kepada sahaja. Itu sudah mencukupi. Jangan terlalu taksub seperti dahulu.
#Prezcom