
Kuala Lumpur,13 Dec 2024, 11.00 malam – SELARAS dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 Tahun 2024, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima penyelarasan pencen sama kenaikan peratusannya seperti penjawat awam yang sedang berkhidmat melalui 2 (dua) Fasa.
Justeru, bagi mendapatkan ‘gaji akhir bersamaan terbaharu’, penyelarasan dibuat dengan menambah peratus kenaikan berkenaan ke atas gaji akhir atau *gaji akhir bersamaan pesara. (*gaji akhir bersamaan adalah gaji akhir terkini yang telah dibuat penyelarasan pada tahun 2012 khususnya bagi pesara yang telah bersara sebelum tahun 2012)
𝗦𝗲𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂, 𝗮𝗺𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁:
i) Bagi tempoh perkhidmatan kurang 360 bulan : –
1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu)
ii) Bagi tempoh perkhidmatan genap 360 bulan atau lebih : –
3/5 x Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu)
YAB Perdana Menteri turut memaklumkan melalui Pembentangan Belanjawan 2025, amaun PKKP yang telah diterima pesara dan penerima pencen terbitan akan diteruskan untuk tahun 2025.
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
#MalaysiaMADANI
#Prezcom