Istilah Bahasa Melayu Yang Digunakan Oleh PMX Ketika Pembentangan Bajet 2025.
Dengan inisiatif oleh TV3 menerusi platform X kemudiannya telah berkongsi maksud perkataan-perkataan Bahasa Melayu itu agar orang ramai boleh menambah ilmu pengetahuan mereka.

Kuala Lumpur, 19 Okt 2024, 11.00 malam -SELAIN dari mendengar bacaan belanjawan 2025 pada jumaat lepas, kita juga mendengar beberapa perkataan yang menarik yang disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ketika pembentangan Belanjawan tersebut seperti membugar, tatanan, prakarsa dan wewenang.

Dengan inisiatif oleh TV3 menerusi platform X kemudiannya telah berkongsi maksud perkataan-perkataan Bahasa Melayu itu agar orang ramai boleh menambah ilmu pengetahuan mereka.

Perkataan ‘membugar’ yang digunakan oleh PMX bermaksud memulihkan, memperbaiki atau memperbaharui.

Manakala istilah ‘tatanan’ yang digunakan oleh beliau pula bermaksud aturan, sistem, susunan atau tatatertib.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi istilah ‘prakarsa’ pula ialah inisiatif, daya usaha atau ikhtiar.

Perkataan ‘wewenang’ yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 itu pula bermaksud hak dan kekuasaan (untuk berbuat sesuatu).

Perkata lain yang digunakan oleh beliau didalam pembentangan itu adalah seperti ‘walhasil’ (kesimpulan), mencakup (merangkumi) dan musharakah (perkongsian). Selain itu, ada banyak lagi istilah sastera Bahasa Melayu yang digunakan oleh beliau namun tidak dapat dipetik oleh kerana tumpuan utama adalah kepada bacaan bajet 2025.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Adakah RM1700 Cukup Untuk Menampung Hidup Dikawasan Bandar-Bandar Besar.