Pinjaman Pelajaran 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗧𝗣𝗠/ 𝗦𝗧𝗔𝗠 𝗘𝗫𝗖𝗘𝗟𝗟𝗘𝗡𝗖𝗘 Untuk Ke Mesir Dan Jordan.
Program STEP bertujuan melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

Kuala Lumpur, 08 Okt 2024, 12.00 malam – PERMOHONAN STEP 2024 bagi Program Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir dan Jordan mula dibuka bermula pada 07 Oktober 2024 (Isnin) hingga 16 Oktober 2024 (Rabu).

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Al- Azhar, Mesir dan universiti terpilih di Jordan.

 

Program STEP ini bertujuan untuk melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

Sistem pendidikan di Mesir merupakan salah satu yang tertua di dunia. Negara ini memiliki sejarah panjang dalam menyediakan pendidikan kepada masyarakatnya. Sistem pendidikan di Mesir mencakupi pendidikan dasar, menengah, dan tinggi, serta pendidikan agama.

Tujuan dari sistem pendidikan Mesir adalah untuk menciptakan masyarakat yang terdidik, mempersiapkan siswa ke dunia kerja, dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara keseluruhan.

#Prezcom