Selangor Pandang Serius Sikap Tidak Cakna Mengenai Sijil Halal.
Walaupun dengan pelbagai alasan, sikap itu hanya akan merugikan usahawan itu sendiri, khususnya dalam konteks untuk membawa produk mereka ke peringkat lebih tinggi.

Kuala Lumpur, 05 Okt 2024, 9.00 malam – MENTERI Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Selangor memandang serius sikap tidak begitu ambil berat mengenai pentingnya serta keperluan pensijilan halal dikalangan usahawan dinegeri itu.

Lebih memeranjatkan lagi, syarikat yang bukan dimiliki oleh usahawan yang bukan Melayu dan Islam lebih banyak memohon dan mengantung pensijilan halal mereka sebagai bukti kepada umum.

Amirudin berkata, sikap usahawan yang tidak cakna terhadap pentingnya pensijilan halal ini akan merugi perniagaan mereka sendiri kerana, untuk tujuan promosi serta membawa produk mereka ke tahap yang lebih tinggi, pensijilan halal menjadi dokumen utama yang akan ditanya atau dilihat terlebih dahulu.

Pensijilan halal merupakan perkara yang dipandang tinggi dan penting bukan sahaja di Malaysia malah, diperingkat global juga. Pensijilan halal akan dirujuk dahulu oleh pihak tertentu sebelum mengesahkan sesuatu produk itu untuk dipasarkan.

Ramai dikalangan usahawan Melayu yang mungkin dari kategori usahawan kecil atau sederhana tidak mengendahkan untuk memiliki pensijilan halal ini. Ia amat merugikan kerana sekiranya sijil tesebut dapat dilihat secara jelas, dengan serta merta produk yang dipasarkan akan dapat memikat hati pelanggan.

Amirudin berkata demikian ketika berucap merasmikan Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam hari ini.

Pada pandangan beliau lagi, sekiranya produk tersebut berada dipasaran luar negara untuk tujuan pemasaran tanpa mengetahui siapa pemilik produk tersebut sama ada dari kalangan orang Melayu atau Islam, produk tersebut tidak akan diberi perhatian. Namun, seandainya penganjur atau pelanggan dapat melihat atau dirujukkan kepada mereka pensijilan halal, sudah tentu produk tersebut boleh dipasarkan atau dibeli.

Ditambah lagi dengan pensijilan halal itu dikeluarkan oleh pihak berautoriti yang dikenali serta diiktiraf dunia seperti Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” tentunya produk tersebut akan mendapat sambutan.

Amirudin mengakui bahawa kos serta masa untuk memohon pensijilan halal menjadi kesulitan kepada usahawan untuk memiliki sijil tersebut. Menurut Amirudin, buat masa ini kos serta permohonan bukan lagi satu masalah kerana JAKIM dan agensi berkuasa telah membuat penambahbaikan dengan memperkenalkan kaedah permohonan secara dalam talian, selain tempoh kelulusan sijil atau maklum balas turut dipendekkan.

Kemahuan untuk memohon atau memiliki pensijilan halal bergantung pada diri sendiri. Usahawan boleh memohon untuk lebih memahami mengenai pensijilan berkenaan dan bagaimana untuk melakukan permohonan dalam masa yang pendek dari pihak Jakim atau badan berkuasa yang berkaitan. Selain itu, jumlah kos pembayaran yang lebih tepat juga boleh diketahui dengan menghubungi pihak yang berkenaan.

Ramai usahawan yang merungut sebelum ini kerana proses permohonan begitu banyak, teliti serta data mengenai sumber kepada produk yang dihasilkan terlalu terperinci.

Tetapi usahawan perlu fahami bahawa jika pihak berkuasa tidak mementingkan ketelitian didalam menyemak permohonan dan cara pentadbiran pensijilan halal, sudah tentu pensijilan halal Malaysia akan dipandang rapuh. Disebabkan ketelitian yang dilakukan oleh badan berkuasa tersebut maka pensijilan halal negara sangat dipandang tinggi oleh dunia dan pasaran perniagaan.

Amirudin berkata kerajaan negeri melalui agensi pembangunan usahawan seperti PKNS, akan sentiasa memberikan peringatan dan kesedaran berterusan mengenai keperluan pensijilan halal. Beliau mengesa supaya institusi dibawah kerajaan negeri yang terlibat terlibat secara langsung dalam pembangunan keusahawanan akan memberikan latihan bagi menyediakan usahawan ke arah ready-to-halal.

Mengenai SELBIZ, beliau berkata ekspo selama tiga hari hingga esok itu menyasarkan transaksi jualan hingga RM3 juta melalui penglibatan 230 pempamer yang menawarkan pelbagai produk meliputi pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan.

kredit – MalaysiaKini

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: