Shah Alam, 14 Ogos 2024 – Seawal 6:30 petang, ruang legar Dewan Geno Hotel dipenuhi dengan lautan penerima-penerima anugerah Coway HPT Elite Circle. Peserta-peserta hadir dengan menggayakan busana mewah yang mempesonakan, menyerlahkan lagi keayuan dan ketampanan masing-masing. Selesai pendaftaran, para penerima anugerah terus bergegas bergambar di ‘Photo Booth’ dan ‘360 Camera’ supaya momen-momen terindah ini terabadi selama-lamanya. Turut menghidupkan suasana di ruang legar ialah persembahan ‘live band’ dari Kumpulan RAF.
Coway HPT Elite Circle adalah majlis penghargaan kepada Health Planner (HP), Health Manager (HM) dan Senior Manager (SM) yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2024. Pengiktirafan ini menunjukkan kerjaya di industri alternatif sangat boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Terdahulu, Coway Malaysia telah diberi pengiktirafan sebagai Top 50 Most Preferred Employer bagi tahun 2022 dan 2023 daripada Graduan Brand Awards. Bagi kategori sektor ‘Home dan Wellness’ Coway adalah yang terbaik di dalam kelasnya.
Tepat jam 8 malam, majlis dimulakan dengan ketibaan General Manager (GM) Nombor 1 Coway Malaysia, Encik Mohd. Sabky bin Mat Latif yang turut diiringi oleh 7 orang Senior Manager beliau dan Coach Megat Zainurul Anuar. Majlis disempurnakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shafiq Fadzail dengan penuh khusyuk dan tawaduk.
Majlis dirancakkan dengan persembahan bertenaga Medley Koleksi Gemilang oleh 10 orang Health Manager Coway. Untuk rekod, kesemuanya adalah penerima anugerah berprestij Coway HPT Elite Circle. Para penonton terpukau dengan gabungan alunan suara yang mantap walaupun sesi latihan vokal bersama hanya sempat dilakukan satu jam sebelum majlis berlangsung.
Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan penuh inspirasi daripada GM Mohd Sabky bin Mat Latif. Antara intipati ucapan beliau adalah kepentingan untuk berevolusi daripada ‘Salesman’ kepada ‘High Income Consultant’. Tambah beliau, untuk kekal relevan dalam industri Coway, konsultan Coway mestilah berusaha untuk menjadi ‘Trusted Advisor’ kepada pelanggan sedia ada. Tidak lupa, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua penerima anugerah HPT Elite Circle yang telah memberikan komitmen unggul sepanjang separuh tahun 2024.
Jam 8:30 malam, majlis sampai ke acara kemuncaknya. esi penyampaian anugerah kepada 150 orang penerima yang telah mempamerkan prestasi cemerlang seawal bulan Januari tahun ini. Di tengah-tengah sesi penyampaian anugerah, majlis sempat mengenengahkan 2 sesi perkongsian hebat daripada HM Normiza dan HP Hani Azmira.Persembahan bertenaga Medley Koleksi Gemilang daripada Health Manager Coway.
Tidak lupa, majlis turut meraikan peserta yang memperagakan pakaian terbaik dengan pemberian Best Dress Awards untuk kategori lelaki dan wanita.Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian ringkas daripada kesemua 7 orang Senior Manager dan GM. Majlis selesai pada pukul jam 10 malam.
Coway sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2006. Di antara 65 buah negara yang Coway beroperasi, Malaysia adalah penyumbang keuntungan terbesar di luar Korea Selatan sehingga ke hari ini melalui capaian 3 juta pelanggannya di tanahair.
#prezcom#cowaymalaysia#ECTeam#usahawan