Menara KL

 

Kuala Lumpur, 29 JULAI 2024, 21:00

MENARA Kuala Lumpur (KL) menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan melancarkan Kempen ‘Merdeka Madness’ yang menawarkan diskaun hebat sebanyak 60% untuk tiket ke pelbagai tempat tarikan. Kempen ini akan berlangsung selama 47 hari dari 1 Ogos hingga 16 September.

Pengunjung boleh menikmati tiket pada harga istimewa seperti lawatan ke Sky Deck pada harga RM28 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak, Observation Deck pada RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak, serta Tower Walk 100 pada RM8 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan, berkata kempen ini bukan sekadar meraikan kemerdekaan tetapi juga melambangkan inovasi dalam industri pelancongan negara.

“Keunikan Menara Kuala Lumpur sebagai mercu tanda ikonik negara, ditambah dengan pakej dan aktiviti menarik seperti Kempen Merdeka Madness ini, membuka peluang baharu kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman pelancongan yang lebih bermakna.

“Ia bukan sekadar lawatan, tetapi perjalanan menerokai warisan dan kemodenan Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Merdeka Madness, di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Khairul Firdaus, keunikan Menara KL mampu memberi pengalaman yang tiada ganti buat pengunjung yang hadir.

“Keunikan Menara Kuala Lumpur sebagai mercu tanda ikonik negara, ditambah dengan pakej dan aktiviti menarik seperti Kempen Merdeka Madness ini, membuka peluang baharu kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman pelancongan yang lebih bermakna.

Ia bukan sekadar lawatan, tetapi perjalanan menerokai warisan dan kemodenan Malaysia, ” ujarnya.

Tambah beliau, tahun lepas menyaksikan kejayaan luar biasa Kempen Merdeka Madness yang menerima sambutan menggalakkan.

“Sambutan yang diterima bukan sahaja menggalakkan, malah ia telah menjadi bukti kukuh bahawa Malaysia, dengan keunikan budaya dan tarikan pelancongannya, semakin menjadi destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Khairul Firdaus menambah bahawa kempen tahun lalu mendapat sambutan yang sangat positif, dengan peningkatan ketara dalam jumlah pelawat domestik yang meningkat sebanyak 22.9% kepada 210.9 juta.

“Ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam minat terhadap destinasi pelancongan tempatan kita,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Saad, turut menjelaskan bahawa kempen ini diadakan lagi selepas kejayaan tahun lalu yang menarik lebih 200,000 pengunjung.

“Selepas promosi Merdeka Madness berakhir tahun lalu, jumlah pelancong tempatan juga meningkat sebanyak 40 peratus.

“Peningkatan ini jelas menunjukkan keberkesanan promosi tersebut dalam menarik minat rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara terutamanya ke Menara Kuala Lumpur yang merupakan sebuah menara ikonik di dunia,” katanya.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan termasuk pencahayaan menara ‘Colours of Malaysia Tower Lighting’ yang memaparkan warna bendera 14 negeri, Sayembara Puisi Kemerdekaan,

Pertandingan Fotografi Kemerdekaan, jualan trak makanan dan minuman, persembahan muzik dan kebudayaan, serta Festival Durian.

Kredit – WILAYAHKU

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>