Kuala Lumpur,29 July 2024, 16:00 – HOSPITAL Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mencatat sejarah pada hari Khamis dengan melaksanakan prosedur pembedahan otak ‘Extracranial-Intracranial (ECIC) Arterial Bypass Surgery’ untuk pesakit lumpuh, kali pertama dilakukan di Perak.
Pengarah HRPB, Dr. Saiful Azlan Sharif, menyatakan bahawa pembedahan ini melibatkan seorang pesakit berusia 56 tahun yang menghidap penyakit Moya-Moya.
Menurut beliau, penyakit Moya-Moya menyebabkan pesakit mengalami sakit kepala dan lumpuh anggota badan sejak November tahun lalu.
“Penyakit Moya-Moya berlaku berikutan penyempitan progresif bahagian terminal ‘internal carotid artery’ (ICA) iaitu salur darah utama ke otak.
“Pembedahan itu dilaksana bertujuan untuk memperbaiki perfusi otak dan mengurangkan risiko strok di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.
Pembedahan ini dilaksanakan dengan kerjasama Pakar Neurosurgeri HRPB, Dr. Mohamed Azhari Omar dan Dr. Mohd Syahiran Mohd Sidek, bersama jemputan khas iaitu Profesor Datuk Dr. Jafri Malin Abdullah dan Dr. Muhammad Ihfaz Ismail dari Jabatan Neurosains Universiti Sains Malaysia (USM).
Dr. Saiful Azlan menekankan bahawa kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara Pengarah HRPB, Jabatan Neurosurgeri HRPB, Jabatan Neurosains USM, Jabatan Anesthesia HRPB, pakar, pegawai perubatan, serta kumpulan sokongan yang terlibat dalam pembedahan ini.
“Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberi manfaat kepada lebih banyak pesakit yang memerlukan,” ujarnya.
Kredit – AstroAwani
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Platform Media Sosial, Aplikasi Mesej Perlu Lesen Mulai 1 Ogos