Kuala Lumpur, 30 Jun 2024, 12:00 – SIME Darby Motors (SDM) telah memperkenalkan DRIVECARE, sebuah pusat servis sehenti berbilang francais yang direka khas untuk memenuhi keperluan semua pemilik kereta tanpa mengira segmen dan jenama.
Langkah ini diambil untuk menawarkan harga yang berpatutan, kemudahan, dan keselesaan kepada pelanggan, dengan sokongan daripada juruteknik terlatih SDM.
DRIVECARE dirancang untuk diperluas ke seluruh pasaran Asia Tenggara, seterusnya ke seluruh operasi SDM di Asia Pasifik.
Peluasan strategik ini menunjukkan komitmen SDM yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan perkhidmatan automotif yang dipercayai dan mudah diakses.
Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham, menyatakan bahawa DRIVECARE mencerminkan komitmen syarikat dalam menyediakan kemudahan penjagaan kenderaan terbaik kepada rakyat Malaysia.
“Dengan menggabungkan kualiti perkhidmatan yang tiada tandingan dengan nilai hebat, kami berhasrat memberikan pengalaman yang lancar dan luar biasa kepada pemilik kenderaan. DRIVECARE akan menetapkan penanda aras baharu bagi kecemerlangan perkhidmatan selepas jualan,” kata beliau.
DRIVECARE diwujudkan untuk menangani keresahan umum pelanggan di banyak bengkel servis kenderaan, seperti kemudahan yang tidak mencukupi, mutu kerja kurang baik, perkhidmatan pelanggan yang tidak memuaskan, serta ketiadaan ruang menunggu yang selesa.
Dengan kepakaran automotif SDM dan kelengkapan canggih, DRIVECARE menjanjikan pengalaman perkhidmatan dan penyenggaraan kereta yang luar biasa pada harga yang kompetitif.
Pelanggan DRIVECARE akan menikmati kemudahan yang terjaga dengan baik, ruang kerja yang teratur, dan ruang menunggu yang selesa.
Dengan peralatan terkini dan kelengkapan canggih, DRIVECARE memastikan setiap kenderaan mendapat perhatian dan penjagaan rapi daripada pasukan juruteknik yang berpengalaman.
Selain itu, kemudahan DRIVECARE turut disokong oleh Sime Darby Auto Selection, jenama dipercayai SDM untuk kenderaan pramilik, menawarkan pilihan kos rendah untuk pembelian kereta baharu.
DRIVECARE beroperasi di dalam kemudahan Auto Selection, memastikan perkhidmatan dan sokongan lancar bagi pembeli kenderaan pramilik.
Pelanggan boleh mengunjungi pusat servis rasmi DRIVECARE di Lot 33 Glenmarie dan Chan Sow Lin, yang telah dibuka dan sedia untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Sempena pelancarannya, dari 26 Jun hingga 31 Julai 2024, DRIVECARE mengadakan promosi istimewa bagi mengajak pelanggan menikmati pengalaman servis yang disediakan.
Jaminan untuk alat ganti dan mutu kerja bagi semua jenama, bermula dari enam bulan ke atas, tertakluk kepada terma dan syarat.
Antara tawaran termasuk pemeriksaan kenderaan percuma, diskaun 20 peratus untuk caj alat ganti dan buruh, serta set bilah pengelap cermin dengan setiap penggantian cermin depan.
Untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, semua servis dalam tempoh promosi akan menerima khidmat cucian kereta dan satu produk Liqui Moly secara percuma.
Waranti untuk alat ganti dan mutu kerja bagi semua jenama, bermula dari enam bulan dan seterusnya, tertakluk kepada terma dan syarat.
Di samping itu, DRIVECARE menawarkan promosi terhad bagi pelanggan yang menghantar dua kenderaan untuk diservis.
Seramai 100 pelanggan pertama yang membawa kereta kedua untuk servis akan menikmati diskaun 50 peratus bagi minyak enjin, tertakluk kepada terma dan syarat.
Kredit – BHarian
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>