Kuala Lumpur, 20 Jun 2024, 16:00 – MALAYSIA mungkin mendapat manfaat besar jika menyertai blok BRICS, memandangkan saiz pasaran ekonomi negara-negara BRICS yang jauh lebih besar berbanding Kumpulan Tujuh (G7). Menurut Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, pasaran yang luas dengan populasi terbesar dunia memberikan peluang yang besar untuk peningkatan kuasa beli pengguna.
“China adalah rakan dagang utama Malaysia. Sebagai contoh, pada tahun 2023, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM450.84 bilion, menjadikannya rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-15 berturut-turut,” katanya.
Dr. Aimi menambah, China dan India adalah pasaran utama untuk minyak sawit Malaysia. Data menunjukkan India merupakan pengimport utama minyak sawit Malaysia dengan sumbangan sebanyak AS$11.7 bilion (RM55.15 bilion) pada tahun 2022, diikuti oleh China. Eksport minyak sawit Malaysia pada tahun 2023 berjumlah 15.13 juta tan berbanding 15.71 juta tan pada tahun 2022, dengan India kekal sebagai pasaran utama eksport minyak sawit Malaysia untuk tahun ke-10 berturut-turut sejak 2014.
Sebaliknya, Malaysia menghadapi cabaran daripada Kesatuan Eropah (EU) yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas minyak sawit Malaysia.
Kredit – SHarian
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>