Proton EV

 

Kuala Lumpur, 17 Jun 2024, 16:00 PERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan memperkenalkan lima model kenderaan elektrik (EV) menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) di bawah jenama EV terbarunya, Proton e.MAS.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah, model EV pertama dari jenama baharu ini dijangka dilancarkan menjelang tahun 2025.

“Walaupun tarikh pasti belum ditetapkan, kami menjangkakan pelancaran model pertama mungkin berlaku awal tahun 2025 atau lebih awal,” ujar Roslan.

“Kami berhasrat untuk memastikan Proton EV diterima baik di pasaran. Jumlah dan jenis model yang akan dilancarkan akan ditentukan berdasarkan permintaan dan sambutan masyarakat terhadap Proton EV,” tambah beliau.

Roslan berkata demikian selepas pelancaran nama dan logo jenama EV baharu Proton, e.MAS, di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya hari ini.

Kredit – BERNAMA

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>