Hospital Musim Haji

 

Kuala Lumpur, 04 Jun 2024, 16:00 KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi, melalui Kluster Kesihatan Makkah, telah mengesahkan bahawa 18 hospital dan 126 pusat kesihatan di Makkah serta Tanah Suci siap untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi dan terintegrasi bagi jemaah haji musim haji tahun ini, 1445H.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), kluster tersebut menyatakan bahawa semua hospital dan pusat kesihatan telah menyelesaikan persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah dirangka.

Hospital Kecemasan Ajyad akan beroperasi 24 jam sehari untuk menyediakan rawatan kesihatan kepada pengunjung dan jemaah di Masjidil Haram, dengan tiga pusat kecemasan di kawasan masjid yang dilengkapi dengan peralatan canggih untuk menangani kes-kes kecemasan.

Selain itu, Hospital Al-Haram juga telah memulakan operasinya di kawasan utara Masjidil Haram.

Kluster Kesihatan Makkah turut menyatakan bahawa semua kemampuan telah digunakan untuk melatih kakitangan dan menyediakan keperluan yang diperlukan bagi memastikan kelancaran operasi di semua klinik pesakit luar di hospital dan pusat kesihatan.

Sebanyak 3,944 katil telah disediakan di pelbagai kemudahan kesihatan, termasuk 654 katil untuk rawatan intensif, manakala 155 ambulans akan beroperasi sepanjang musim haji, menurut kenyataan kluster tersebut.

Kredit – BERNAMA

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>