Diesel

 

Kuala Lumpur, 26 Mei 2024, 14:00 PAKAR ekonomi sepakat bahawa penggunaan e-Dompet atau kad khas adalah kaedah yang efektif untuk memastikan pengagihan subsidi diesel kepada golongan sasaran dapat dilaksanakan dengan baik.

Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor dari University College i-CATS, Kuching, mencadangkan agar syarat tambahan diperkenalkan.

Beliau menyarankan agar tidak hanya pendaftaran maklumat individu diperlukan, tetapi juga pendaftaran kenderaan bermotor diesel yang digunakan. Tanpa pendaftaran kenderaan, terdapat risiko penyeludupan domestik yang mungkin dimanfaatkan oleh mereka yang tidak layak.

Menurut beliau, data daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), dan PADU (Sistem Pangkalan Data Utama) boleh digunakan untuk menentukan kelayakan penerima subsidi.

Dengan menggunakan kad khas, hanya kenderaan yang berdaftar yang dapat menggunakan kad subsidi diesel ini. Ini akan memastikan bahawa subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukannya dan mengelakkan penjual daripada menaikkan harga jualan dengan alasan kos diesel.

Cadangan ini merupakan respons kepada saranan Datuk Seri Rosli Sulaiman, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menyalurkan subsidi diesel melalui platform khas yang boleh diakses oleh masyarakat penjaja dan peniaga kecil untuk memastikan bantuan tunai yang diberikan digunakan sepenuhnya untuk bahan api dan mengawal kenaikan harga jualan.

Platform yang dicadangkan ialah In2Niaga, yang dilancarkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), yang menawarkan e-Dompet dan kad debit sebagai medium.

Di samping itu, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School (PBS) mencadangkan bahawa pengagihan subsidi juga boleh dilakukan melalui MyKad.

Beliau berpendapat bahawa e-Dompet dan MyKad adalah kaedah yang lebih sesuai kerana ia mudah dan cepat dilaksanakan. Jika peniaga menaikkan harga, pelanggan boleh membuat laporan kepada kementerian yang akan mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.

Kredit – SHarian

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Srettha, Anwar Bertemu Di Tokyo Bincang Kerjasama Pelbagai Bidang