Kuala Lumpur, 13 Mei 2024, 12:00 – KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini menetapkan had maksimum untuk pengeluaran wang dari Akaun Fleksibel adalah RM250 sehari.
Untuk pengeluaran yang melebihi jumlah tersebut, ahli perlu melalui proses pengesahan identiti secara elektronik, dikenali sebagai e-KYC, melalui aplikasi i-Akaun KWSP. Alternatif lain termasuklah mengunjungi pejabat KWSP terdekat untuk pengesahan cap jari.
Proses e-KYC ini melibatkan teknologi pengecaman wajah yang membolehkan pengesahan identiti dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi i-Akaun KWSP.
Selain itu, ahli KWSP dibenarkan untuk memindahkan wang ke akaun bank mereka sekali sehari dengan jumlah minimum RM50. Ini memberikan fleksibiliti tambahan dalam menguruskan simpanan.
KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.
Permohonan untuk pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui aplikasi i-Akaun KWSP atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.
Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal seperti biasa dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, sementara Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.
Tempoh untuk melakukan pindahan wang ke Akaun Fleksibel adalah dari 11 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024.
Kredit – SHarian
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia