LRA

 

Kuala Lumpur, 08 Mei 2024, 16:00 LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi kini masih tidak beroperasi disebabkan oleh bau minyak yang kuat pada air mentah yang diterima.

Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) mengesahkan bahawa bau minyak tersebut telah menyebabkan penghentian pengeluaran air terawat untuk memastikan kualiti air minum mematuhi standard kebangsaan.

Menurut kenyataan Sains, operasi loji akan disambung semula setelah bau pencemaran hilang sepenuhnya.

Dalam usaha untuk menangani situasi ini, penghantaran air dilakukan dengan bantuan daripada beberapa rakan operator termasuk Air Selangor, Pengurusan Air Pahang Berhad, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, dan Syarikat Air Terengganu menggunakan tujuh lori tangki.

Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemah dan menyimpannya dengan bijak sepanjang tempoh gangguan ini.

Akibat masalah ini, kawasan-kawasan di Port Dickson seperti Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin-Linggi, dan kawasan sekitar Pekan Port Dickson hingga Lukut sedang mengalami gangguan bekalan air.

Kredit – BERNAMA

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>