Sepang, 20 April 2024 – Program Pemantapan Jati Diri bagi usahawan kontraktor generasi baharu telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Agrotourism Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sepang baru-baru ini. Program 3 hari 2 malam itu adalah salah satu daripada siri latihan kompetensi yang termasuk di dalam Accelerator Programme for Construction Entrepreneurs (ACE) di bawah naungan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Peserta-peserta program dipilih daripada graduan Bumiputera G1 sehingga G4 yang berumur dari 25 tahun sehingga 40 tahun.

Program ACE adalah inisiatif proaktif daripada kerajaan di bawah Pelan Belanjawan Negara tahun 2022 melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Objektif utama Program ACE ini adalah untuk melahirkan dan membangunkan kontraktor yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya memacu industri pembinaan Malaysia.
Pada hari pertama program, para peserta didedahkan dengan kepentingan pembentukan A Team di dalam sesebuah organisasi. Secara asasnya, pembentukan pasukan dalam organisasi mestilah melalui fasa Forming, Storming, Norming dan Performing. Kedudukan kumpulan di dalam 4 fasa pembentukan kumpulan ini bakal menentukan jenis-jenis tugasan dan aktiviti yang boleh diberikan oleh ketua organisasi.

Wakil dari CIDB, Puan Norbaizura Abd Rahman bergambar bersama-sama peserta Program Pemantapan Jati Diri di Kompleks Agrotourism Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sepang.
Jadual yang padat pada hari berikutnya, menyaksikan para peserta beraktiviti seawal jam 8 pagi sehinggalah lewat malam. Acara kemuncak program jati diri ini ialah aktiviti Scavenger Hunt. Para peserta dikehendaki menyiapkan senarai tugasan di beberapa checkpoints di sekitar Pantai Bagan Lalang, Sepang. Lebih menarik lagi apabila buat pertama kalinya peserta diberi peluang menaiki cruise di sepanjang Sungai Sepang Besar. Berbekalkan dengan dengan ilmu asas fotografi dan videografi pada sesi pagi, para peserta ditugaskan untuk menyiapkan tugasan berbentuk video untuk diadili di akhir program. Para peserta kemudiannya disajikan dengan makan malam istimewa di mana hasil laut segar dari jeti berdekatan dimasak secara barbeku. Hasil tangkapan daripada peserta juga turut dijadikan lauk tambahan ketika jamuan makan malam.
Hari ketiga dimulakan dengan aktiviti outdoor di kawasan pantai berhadapan dengan Kompleks Agrotourism PNK. Seterusnya, aktiviti pembentangan tugasan daripada setiap kumpulan disaksikan sendiri wakil dari CIDB, Puan Norbaizura Abd Rahman. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan slaid jawapan Scavenger Hunt dan video pendek Kumpulan masing-masing untuk diadili. Sesi fotografi bersama-sama menutup tirai program pemantapan jati diri untuk Batch kedua sesi 2024. Program tamat tepat jam 12 tengah hari.
#ACEBaganLalang
#ACECIDB2024
#ACETeambuilding