META

 

Kuala Lumpur, 13 APRIL 2024, 16:00 – PENYEDIA platform Meta dan TikTok telah menyatakan komitmen mereka terhadap keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengumumkan bahawa persetujuan tersebut dicapai dalam satu perbincangan yang diadakan pada Isnin. Perbincangan tersebut juga merangkumi pemantauan kandungan berunsur jenayah seperti judi dalam talian, penipuan, berita palsu, dan isu 3R (kaum, agama, dan institusi raja).

“Di samping itu, kedua-dua platform juga telah dimaklumkan tentang perancangan kerajaan untuk memperbaiki undang-undang dan garis panduan operasi platform media sosial di Malaysia,” kata Fahmi dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menjelaskan bahawa langkah ini adalah selari dengan komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan hak bersuara rakyat Malaysia terjamin sambil memastikan penggunaan internet yang produktif, harmoni, dan selamat untuk semua.

Sebelum ini, Fahmi telah memaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), serta beberapa agensi lain akan mengadakan pertemuan dengan penyedia platform Meta untuk membincangkan aspek keselamatan dalam talian.

Kredit – BERNAMA

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>