Kes Bunuh

 

Kuala Lumpur, 07 MAC 2024, 12:00 – SIKAP cemburu, iri hati dan hasad dengki boleh mendorong seseorang untuk bertindak di luar kawalan sehingga mampu melakukan perbuatan melampaui batas seperti membunuh.

Gangguan emosi mampu menyebabkan seseorang bertindak agresif dan memerlukan perhatian daripada orang sekeliling sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Kejadian tragis yang menyayat hati terjadi empat tahun lalu, di mana seorang remaja berusia 18 tahun nekad membunuh sahabatnya akibat hasad dengki. Siti Nur Surya, nama mangsa yang tidak akan dilupakan, dipercayai telah dibunuh dengan kejam, ditemukan dengan kesan tikaman di berbagai bahagian badan dan putus pergelangan tangan kiri.

Allahyarham ditemui dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah oleh adiknya ketika pulang dari sekolah.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun terhadap seorang wanita selepas mengaku bersalah membunuh rakannya dalam kejadian empat tahun lalu.

Selepas empat tahun kes tersebut dibicarakan, ramai yang menantikan keputusan mahkamah kerana peristiwa yang berlaku tersebut sangat tragis lebih-lebih lagi apabila mangsa dibunuh di hadapan ibu yang sedang terlantar sakit.

Tindakan kejam itu turut menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial khususnya disebabkan dia dan mangsa adalah rakan baik.

Selain itu, masyarakat juga perlu meningkatkan kesadaran terhadap pentingnya perawatan kesehatan mental. Jika ada gejala gangguan emosi, jangan ragu untuk mencari bantuan dari profesional kesehatan mental.

Dengan mengambil langkah-langkah ini, kita dapat mencegah tragedi serupa terjadi di masa depan dan menciptakan masyarakat yang lebih aman dan peduli terhadap kesejahteraan mental semua individu.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai – ADUN