Inflasi

 

Kuala Lumpur, 26 Februari 2024, 21:00 – DATUK Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini mengumumkan bahawa walaupun nilai ringgit mengalami penurunan, tetapi kadar inflasi negara tersebut menurun hingga 1.5 peratus.

Selain itu, jumlah pelaburan juga mengalami peningkatan yang signifikan, mencapai 23 peratus dan mencapai angka sebanyak RM329.5 bilion pada tahun lalu.

Perdana Menteri menekankan bahawa pencapaian luar biasa ini merupakan bukti prestasi Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

“Malaysia di komuniti Asean mencatat di antara kadar inflasi yang paling rendah 1.5 peratus dan kadar pengangguran yang menurun 35 peratus.

“Pelaburan domestik dan asing pula tertinggi dalam sejarah Malaysia sejak merdeka,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Karnival Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut hadir dalam majlis tersebut, menunjukkan sokongan mereka terhadap pencapaian ekonomi negara.

Terdahulu, media melaporkan negara mencatat jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 iaitu 23 peratus lebih tinggi berbanding 2022, sekali gus menjadikannya tertinggi dalam sejarah.

Daripada jumlah itu, pelaburan asing adalah penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42 peratus.

Selain itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga melaporkan kadar inflasi Malaysia kekal rendah pada Januari 2024 sebanyak 1.5 peratus iaitu kadar sama sejak November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 131.4 berbanding 129.5 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Bernas Bantu Usaha Kerajaan Tawar Harga Beras Import Rendah