Kuala Lumpur, 18 Februari 2024, 16:00 – SEKUMPULAN penghantar makanan sebuah syarikat p-hailing hari ini menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan bagi memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.
Memorandum itu diserahkan wakilnya, Mohd Adie Ali Nafiah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, Dr Nor Fuad Abdul Hamid di Putrajaya, yang turut dihadiri kira-kira 40 wakil penghantar makanan seluruh negara.
Mohd Adie, berkata beliau mahu syarikat p-hailing tersebut mengembalikan kadar upah dahulu iaitu RM5 bagi satu pesanan yang disifatkannya sebagai lebih baik berbanding hanya RM4 atau RM4.50 ketika ini.
“Kami (penghantar makanan) tidak berpuas hati dengan sistem baharu dan meminta syarikat ubah ke sistem sebelum ini. Ramai yang tidak setuju dengan kadar upah baharu yang bermula Januari lalu,” katanya.
Syarikat Grab perlu memberi penjelasan mengenai dakwaan menurunkan kadar asas upah penghantar makanan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Dia mengulas sekumpulan penghantar makanan yang menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam bagi memohon campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.
“Memorandum itu kita akan kaji dan kita akan bincang dengan pihak kementerian lain yang terlibat.
“Kita juga akan meminta Grab untuk beri penjelasan,” katanya.
Loke berkata pihak MOT akan berbincang dengan semua pihak berkepentingan, termasuk kementerian dan agensi lain dalam menangani permasalahan ini.
Antara tuntutan memorandum adalah gesaan supaya syarikat p-hailing tersebut mengembalikan kadar upah dahulu iaitu RM5 bagi satu pesanan yang disifatkannya sebagai lebih baik berbanding hanya RM4 atau RM4.50 ketika ini.
Memorandum itu diserahkan wakilnya, Mohd Adie Ali Nafiah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOT, Dr Nor Fuad Abdul Hamid di Putrajaya, yang turut dihadiri kira-kira 40 wakil penghantar makanan seluruh negara.
Tuntutan lain adalah meminta syarikat p-hailing itu menambah baik pemulangan bayaran pembatalan pesanan yang melibatkan pesanan tunai berikutan tempoh pemulangan ketika ini mengambil masa terlalu lama.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Tempoh Menunggu Rawatan Pesakit Kanser Di Hospital Kerajaan Disingkatkan