Kazahstan

 

Kuala Lumpur, 18 Februari 2024, 21:00 – SEMPENA pelancaran penerbangan pertama ke destinasi menarik, Almaty, Kazakhstan pada 14 Mac 2024, AirAsia X (AAX) gembira untuk mengumumkan promosi tambang istimewa bermula RM88, termasuk semua sehala.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, berkongsi, “Kami dengan bangganya menyajikan tambang yang menarik ini kepada pengembara yang ingin menerokai pesona Almaty, sebuah bandar yang kaya dengan warisan sejarah, pemandangan menakjubkan, dan kepelbagaian budaya yang unik.”

“Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan dan jualan promosi ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan perjalanan lebih lancar dan berpatutan kepada tetamu, termasuk ke destinasi-destinasi menarik seperti Almaty.

“Kami menjangka permintaan tinggi khususnya daripada golongan pelajar dari Almaty, atau pengembara yang ingin melawat Kuala Lumpur dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama. Kami akan terus mengembangkan rangkaian dan menawarkan perkhidmatan terbaik supaya lebih ramai pengembara dapat melancong dengan tambang menakjubkan pada masa akan datang.”

Tambang promosi ini boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web dari 14 Mac hingga 26 Oktober 2024.

Almaty, terletak di kawasan pergunungan Trans-Ili Alatau, menawarkan pengalaman pelancongan yang unik menyatukan keajaiban dunia moden dan tradisional.

Selain daripada pusat bandar yang menarik dan seni bina unik, keindahan alam semula jadi yang memukau, dan hidangan kulinari yang lazat, Almaty menawarkan tarikan menarik termasuk Katedral Zenkov, arena ski di kawasan pergunungan, dan banyak lagi.

Inilah masanya untuk menjelajahi keindahan yang belum diungkapkan, dan AirAsia X berbesar hati untuk membawa anda ke destinasi baru yang menakjubkan – Almaty, Kazakhstan.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>