Cukai

 

Kuala Lumpur, 13 Februari 2024, 12:00 – MALAYSIA dikenali sebagai salah satu negara di Asia Tenggara dengan kadar cukai yang rendah, dengan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 11.8 peratus.

Menurut Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, seorang pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Malaysia berusaha untuk mengejar negara jiran seperti Singapura dan Thailand yang telah menggunakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk Nilai Tambah (VAT).

“Semasa mengenakan GST dahulu, Malaysia mengutip sehingga RM40 bilion, sekarang dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kita hanya kutip kurang daripada RM30 bilion dan hasil daripada sektor perkhidmatan tidak sampai separuh,” katanya.

Barjoyai berkata, secara keseluruhan, kutipan SST hanya menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jumlah kutipan cukai.

Menurut Ketua Cukai Tidak Langsung PwC Malaysia, Raja Kumaran, untuk meningkatkan sumbangan cukai kepada KDNK, kerajaan perlu melibatkan rantaian bekalan sepenuhnya dalam sistem cukai.

Beliau menyatakan bahawa peningkatan kadar SST dari 6.0 peratus kepada 8.0 peratus mulai 1 Mac 2024 dijangka akan memberikan tambahan RM3 bilion hasil pada tahun depan.

Kadar baharu ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi, tempat letak kereta serta logistik, tetapi skop perkhidmatan bercukai telah diperluaskan merangkumi pembrokeran, pengunderaitan dan karaoke, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2024 pada tahun lepas.

Beliau mencadangkan agar Malaysia mengenakan cukai ke atas perkhidmatan kesihatan, pendidikan swasta, penyewaan hartanah komersil dan infrastruktur bagi meluaskan skop cukai, sekali gus meningkatkan pendapatan negara.

“Saya fikir kita bergerak lebih ke arah cukai penggunaan yang boleh dipercayai dan kita berharap apabila ekonomi bergerak naik, sumbangan cukai tidak langsung akan bertambah tetapi untuk mempunyai sistem pengagihan cukai yang baik, kita perlu mempunyai infrastruktur yang berkesan, penguatkuasaan yang wajar dan komunikasi yang jelas termasuk ketelusan kepada pelabur,” katanya.

Secara keseluruhan, kerajaan persekutuan menjangkakan peningkatan kutipan hasil pada tahun 2024 sebanyak 1.5 peratus kepada RM307.6 bilion, didorong oleh peningkatan kutipan cukai. Harapannya, langkah-langkah ini akan membantu memperkasakan ekonomi negara.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Ribuan Rakyat Indonesia Mengundi Awal di Kuala Lumpur