Lebuhraya

 

Kuala Lumpur, 02 Februari 2024, 21:00 – PADA suku kedua tahun 2024, Kerajaan Persekutuan dengan sukacitanya bersetuju untuk melaksanakan projek pelebaran jalan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (Lebuhraya KL-Karak).

Projek ini diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang menjelaskan bahawa inisiatif ini akan menjadi langkah signifikan dalam meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengangkutan di kawasan tersebut.

Syarikat Anih Berhad (Anih Berhad) akan bertanggungjawab melaksanakan projek ini, yang mencakupi sebahagian jajaran dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama, Bentong.

Wan Rosdy menyatakan bahawa projek ini akan melibatkan pembinaan terowong baru, peningkatan bahu jalan, dan penambahan lampu jalan untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.

“Saya berharap dengan pelaksanaan projek-projek ini, kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KL-Karak dapat ditangani dan dikurangkan,” katanya.

Wan Rosdy berkata, Pahang melalui Anih Berhad juga merangka beberapa keadah bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KL-Karak pada musim perayaan, cuti umum dan juga cuti hujung minggu.

Kesesakan itu diatasi laluan dari Plaza Tol Bentong hingga ke Plaza Tol Gombak sepanjang 42 kilometer (KM). Menurutnya, beberapa kaedah penyelesaian telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan merangkumi projek jangka masa panjang dan juga jangka masa pendek.

“Untuk itu, saya telah memanggil Anih Berhad yang merupakan pemegang konsesi Lebuhraya KL-Karak dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk memberi taklimat.

“Kita juga membincangkan mengenai langkah-langkah penyelesaian kesesakan ini dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang diadakan pada Rabu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wan Rosdy memberitahu, untuk jangka masa pendek, beberapa pendekatan atau mitigasi telah dan akan dilaksanakan oleh Anih Berhad. Jelasnya, ia termasuk menjadualkan kerja pembaikan di luar waktu puncak dan mengeluarkan nasihat jadual perjalanan kepada pengguna ketika musim perayaan.

“Selain itu, jumlah kakitangan bertugas ditambah untuk memastikan kejadian luar jangka yang berlaku ditangani segera.

“Menyediakan perkhidmatan kren dalam keadaan tunggu sedia (standby) agar sebarang kejadian luar jangka dapat ditangani dengan segera,” katanya.

Selain itu, beliau turut memberitahu mengenai persediaan dua lokasi tidal flow di KM55-59 arah timur dan KM60-56 arah barat, yang akan dilaksanakan dengan teliti untuk mengurangkan kesesakan.

Anih Berhad juga akan melaksanakan Lane Segregation Plaza Tol Gombak Arah Barat mengikut destinasi (Batu Cave/Ampang) dan menerapkan ‘tapering cone’ untuk ‘merging lane’ di empat lokasi strategik guna mengurangkan kebimbangan berkaitan dengan ‘weaving’.

“Ia di susur dari Karak, susur dari Lingkaran Tengah Utama (LTU), pusingan U MRSM dan susur dari UIA selepas Plaza Tol Gombak,” katanya.

Dengan pelaksanaan projek ini, diharapkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KL-Karak dapat dikurangkan, dan pengguna akan menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selamat.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>