
Kuala Lumpur, 14 Januari 2024, 3.00 petang- BEKAS Ahli Parlimen Klang Charles Santiago kesal dengan kenyataan terbaru Dr Mahathir terhadap masyarakat India Malaysia.
Charles berkata, Mahathir sepatutnya malu dengan dirinya sendiri kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian pada usia senja begini.
Mahathir Mohamad harus malu dengan dirinya sendiri atas kata – kata bisa tersebut kerana kaum India dan Cina telah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan politik Malaysia.
Charles berkata di dalam X miliknya, tindakan mesti diambil ke atas Mahathir kerana kenyataan yang boleh memecahbelahkan kaum dan berpotensi membahayakan masyarakat dinegara ini.
Charles mengulas kenyataan Mahathir kepada saluran TV satelit India Thanthi TV bahawa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.
Mahathir berkata seseorang itu lah harus dikenali sebagai orang Melayu baru berhak untuk menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.
dengan kenyataan terbaru yang dibuat oleh Mahathir, tanpa disedari beliau ( Mahathir ) telah menimbulkan ketaksuban dan kebencian terhadap dirinya dan tidak menghiraukan akibat daripada kata-katanya itu.
Charles sekali lagi bertanya, adakah dia bermati-matian cuba untuk kekal relevan? Terutama pada usia senjanya?
Maka itu, Mahathir mesti tahu bahawa rakyat sudah muak dengan kata-kata kebenciannya. Malaysia bukan milik segelintir orang terpilih tetapi milik semua rakyat Malaysia.
Secara tidak langsung Mahathir telah menghapuskan apa sahaja kebaikan yang dia lakukan untuk negara selama ini. Bagaimana pandangan Mahathir terhadap MIC dan MCA.? Rakan seperjuangannya di dalam Barisan Nasional? Adakah mereka juga termasuk sepertimana yang disebut olehnya?
#Prezcom