Kuala Lumpur, 5 Januari 2024, 3.00 petang – BARU-baru ini tular dimedia sosial dan dimedia platform yang lain mengenai satu insiden dimana seorang pelanggan wanita meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam.
Ketua Pegawai Operasinya, JH Rozman Jaafar berkata, Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd menawarkan dua pilihan kepada pemilik kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
beberapa langkah lain juga telah diambil termasuk menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan dan pilihan membeli semula unit berkenaan.
Ini merupakan salah satu usaha untuk menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini,katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.
Menurut JH Rozman lagi, Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan wanita tersebut iaitu Nagakanni Subramaniam untuk mengutamakan kes beliau.
Sebelum ini wanita itu memaklumkan, tiada sebarang jawapan dan penyelesaian sehingga kini selain terpaksa membayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM537 walaupun masih rosak.
Siasatan menyeluruh berhubung isu terbabit sedang berjalan dan bakal berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.
Rozman turut menjelaskan, pihaknya sudah berkomunikasi dengan Nagakanni sejak Oktober tahun lalu dan mmemohon maaf bagi pihak syarikatnya di atas kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama diberikan.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita Di:
PEKEMA Mahu Tingkat Kenderaan Import Terpakai Kepada 50,000 Unit Setahun