4 Dalam 1. 1 Dalam 4

Kuala Lumpur, 1 Januari 2024, 1.00 tengahari –TEATER Monodrama Rangkum, akan dipentaskan di Bleenkbox Studio Petaling Jaya pada 5, 6 dan 7 Januari 2024 dengan kapasiti penonton seramai 50 orang sekali persembahan akan memberi keseronokan apabila pemain lebih dekat dengan penonton ketika beraksi dan teater ini juga mempunyai perantara persembahan sebagai selingan untuk setiap naskhah.

Kami memilih tajuk Rangkum kerana ia adalah gabungan muka lama dan baru yang masing-masing membawa 4 tajuk dan cerita yang berbeza mewakili keseluruhan kisah persembahan naskhah yang berkisar tentang kehidupan manusia masa kini diterapkan dalam teater ini disamping Raja Azrey selaku Pengarah.

Empat naskhah yang akan ditampilkan adalah Raja Bawang (Pemain Sukysan), Benang Arang (Pemain Riez Radzi), Hutang (Pemain Lina Illina) dan Racun Tembakau (Pemain Anwar Pisang).

Sementara itu, mengenai naskhah bakal dipentaskan iaitu Raja Bawang berkisar mengenai Rashidi atau Didi yang suka mengulas segala yang viral melalui media sosial.

Sikap membawang Didi diwarisi daripada maknya yang juga suka bercerita mengenai orang lain. Kelancangan Didi tidak disukai segelintir pihak. Apa kesudahan nasib Didi?

Naskhah Benang Arang pula bercerita mengenai kehidupan Mail yang berasal dari keluarga susah serta sering dirundung malang. Dia cuba mengubah kehidupan keluarganya.

Namun, ujian berat melanda apabila anaknya yang baru lahir disahkan mengidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan. Lebih memeritkan, dia yang bekerja sebagai buruh binaan tidak menerima gaji hampir enam bulan. Namun, kesabaran Mail tetap teguh. Apa yang Mail akan lakukan untuk mengembalikan semula kebahagiaan keluarganya?

Hutang pula mengisahkan keluhan dan sindiran Cik Siti berkenaan hutang. Kalau tak dibayar akan terus menghantui hingga mati.

Segala jenis hutang yang diulas oleh Cik Siti bakal membuatkan kita tersedar bahawa sebenarnya hutang ini bukan sekadar harta dan wang ringgit. Mengapa Cik Siti berkeluh kesah mengenai hutang?

Naskhah Racun Tembakau mengisahkan kehidupan seorang penceramah yang diberi peluang bercakap mengenai bahaya penggunaan tembakau.

Dia seorang yang ceria, namun tekanan perasaan dihadapi membuatkan dia sesekali tersimpang dari ceramahnya. Apa konflik dalaman yang dialami si penceramah?

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita :