
Kuala Lumpur, 4 December 2023, 5.00 petang – PANGKALAN Data Utama (PADU) yang baharu dilancarkan kerajaan perlu memastikan segala kebimbangan dari isu-isu utama agar segera diatasi. Jaminan wajib diberikan terutama perlindungan data peribadi agar mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Dalam konteks sistem PADU, sangat penting untuk mempertimbangkan PDPA dan Dasar Perkongsian Data Kebangsaan (NDSP) Malaysia. PDPA menyediakan rangka kerja untuk melindungi data peribadi yang harus dipatuhi dalam pengumpulan dan penggunaan data.
Kerajaan perlu memastikan apa sahaja hak kerahsiaan data rakyat dilindungi, keselamatan siber dan risiko akses oleh pihak yang tidak berkenaan. Perkongsian data harus dilaksanakan dengan tegas dan berhati-hati untuk mengelakkan penyalahgunaan.
Berdepan dengan bebagai-bagai ancaman jenayah zaman sekarang, data peribadi rakyat yang berada di dalam simpanan kerajaan perlu dipastikan selamat selagi berada di tangan kerajaan. Dalam konteks sistem PADU, sangat penting untuk mempertimbangkan PDPA dan Dasar Perkongsian Data Kebangsaan (NDSP) Malaysia.
PDPA menyediakan rangka kerja untuk melindungi data peribadi yang harus dipatuhi dalam pengumpulan dan penggunaan data. Oleh itu, perlindungan data peribadi dan pengurusan data yang selamat perlu menjadi keutamaan dalam operasi PADU untuk menjamin privasi dan keamanan maklumat rakyat.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Haji Amzad Hashim, menyarankan teknologi seperti ‘Blockchain’ juga dapat digunapakai untuk meningkatkan tahap ketelusan, keselamatan siber dan mengurangkan risiko penyalahgunaan data.
Kerajaan juga diharap dapat memberi penjelasan terhadap beberapa persoalan mengenai pengumpulan data yang timbul. Setakat ini telah sedia ada agensi kerajaan seperti JPN dan DOSM yang banyak mengutip data mengenai rakyat.
Menjadi satu tanda tanya kepada rakyat, perlukah memasukkan dan mengemaskini data profil dan status sosioekonomi mereka? Apakah mekanisma yang diguna pakai untuk memastikan kesahihan data yang baru dikemaskini? Adakah keseluruhan rakyat mengetahui apakah maksud PADU?
Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.
PADU adalah berlainan dengan program ID Digital Nasional (IDN). PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.
Buat masa kini, sistem tersebut menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan Sistem Pangkalan Data Utama akan dilaksanakan kelak.
OBEJEKTIF DAN MATLAMAT
*Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
*Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
*Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
*Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan untuk mencapai matlamat berikut:
*Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
*Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
*Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
*Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.
KENAPA PERLU DAFTAR PADU?
Dengan mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam portal ini, anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.
Tempoh tiga (3) bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan Kerajaan memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.
3 LANGKAH DAFTAR ONLINE PADU 2024
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar:
MAKLUMAT ASAS
Layari www.padu.gov.my. Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
PENGESAHAN AKAUN
Semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian. Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan
TETAPKAN KATA LALUAN
Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat.
PENDAFTARAN SECARA MANUAL DI KAUNTER
Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:
Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:
*Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
*Maklumat bank
*Pendidikan tertinggi
*Maklumat pekerjaan
*Maklumat pendapatan
*Maklumat komitmen
*Info Tambahan
Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan, anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Sedikit maklumat tambahan:
Adakah Sistem Pangkalan Data Utama@PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN)?
Jawapan:
TIDAK. Sistem Pangkalan Data Utama merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.
Buat masa kini, Sistem Pangkalan Data Utama menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC (Electronic Know Your Customer) sahaja.
Pengintegrasian IDN dengan Sistem Pangkalan Data Utama akan dilaksanakan kelak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan portal PADU di laman web rasmi https://padu.gov.my/
Sumber: https://padu.gov.my/
https://ecentral.my/
#PrezCom