Kuala Lumpur, 3 December 2024, 3.00 petang – SELEPAS setahun pentadbiran, Kerajaan Perpaduan dilihat berhasil dan mampu mengelak daripada sebarang cubaan ‘tebuk atap’. Tiada sekalipun pertelagahan akibat perbezaan parti dalam Kerajaan Persekutuan dengan gabungan 18 komponen parti di dalamnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sehingga kini belum pernah berlaku pertelagahan soal parti diantara Jemaah Menteri dibawah pentadbirannya. Apa yang beliau lakukan selama ini untuk menyatukan parti politik di dalam pentadbiran persekutuan adalah berhasil
Percubaan ‘ tebuk atap’ oleh pihak tertentu nampaknya tidak berjaya dilakukan kerana beliau percaya Kerajaan Perpaduan mempunyai kekuatan dan disebabkan itu tidak pernah timbul sebarang masalah diantara mereka.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog semasa majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Ahad.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turun menyokong pendapat Perdana Menteri dengan menegaskan semua parti yang bergabung dalam Kerajaan perpaduan berkongsi pandangan dalam soal prinsip dan pelaksanaan.
Anwar menerajui negara dengan sokongan dan dokongan daripada 18 parti komponen dengan presiden parti masing-masing kekal setia dan kukuh dibawah pentadbiran Madani.
Malah di setiap mesyuarat, sekretariat melaporkan bahawa jika ada perbezaan pendapat di akar umbi ia bukan pendirian parti tetapi pendirian individu,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kejayaan pentadbiran Kerajaan Perpaduan disumbangkan oleh pembentukan pasukan Kabinet yang mantap serta komitmen kepimpinan secara keseluruhannya.
Datuk Seri Fadilah Yusof pula menegaskan bahawa semua pihak sewajarnya memberi fokus kepada kestabilan kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Beliau mahu apa yang patut menjadi fokus kita semua adalah apa yang dihasrat oleh Yang DIpertuan Agung untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan.
Anwar seterusnya berkata, pandangan masyarakat bahawa beliau berseorangan mengemudi bahtera kerajaan adalah anggapan semata-mata, sedangkan terdapat banyak kejayaan dibuat oleh kementerian tidak membabitkan dirinya secara langsung.
#PrezCom