Satu Cabang Perniagaan Yang Baru

Kuala Lumpur, 2 Januari 2024, 7.00 malam – SUSAH untuk bergerak bila tiba waktu hujan turun bukan? Tidak ada masalah jika kita mempunyai kenderaan. Tentunya pejalan kaki akan merasa tertekan diwaktu hujan.
Kini, anda tidak perlu risau lagi, ‘Payunglah’ iaitu sebuah syarikat perkhidmatan payung kongsi, menyediakan perkhidmatan sewaan payung serendah RM2 sehari yang terletak berhampiran stesen MRT.

Kemudahan atau perkhidmatan sewa payung daripada Payunglah itu tular baru-baru ini, apabila seorang pengguna di Facebook, memuat naik gambar tentang inisiatif tersebut di sebuah Facebook group Malaysian Land Public Transport Fans (MLPTF).

Menurut seorang pembaca wanita, perkhidmatan menyewakan payung ini merupakan satu inisiatif yang bagus dan juga pada masa yang sama ia merupakan satu cabang perniagaan yang berpotensi, tetapi dia berharap tiada orang yang salah gunakan perkhidmatan itu serta tidak merosakkannya.

Wanita itu melihat perkhidmatan sewa payung berkenaan tersedia dan terletak di salah sebuah stesen MRT di Lembah Klang. Perkhidmatan seperti ini bukan sahaja memudahkan para pejalan kaki, malah boleh dikembangkan sebagai satu perusahaan dan mengembangkannya dimerata rata tempat.

Menerusi maklumat di laman rasmi Facebook Payunglah, inisiatif berkenaan boleh didapati di lebih daripada 10 stesen MRT seluruh negara. Kemudahan tersebut juga terdiri daripada lebih 500 jumlah payung tersedia dan akan ditambah lagi pada masa akan datang.

Bukan sahaja di stesen MRT, malah Payunglah juga boleh didapati di beberapa hotel sekitar kawasan Lembah Klang seperti:

-The Royale Chulan Damansara
– AnCasa Hotel Kuala Lumpur
– Furama Bukit Bintang
– Royale Chulan The Curve
– KIP Hotel Kuala Lumpur
– Crystal Crown KL Hotel

Jika dikaji secara menyeluruh, banyak perkara dikeliling kita boleh dijadikan sebagai sumber pencarian. Adakala kita gagal mencari jika kita hanya berdiam diri tanpa memerhati apa yang ada berhampiran dengan kita. Luangkan sedikit masa untuk memikirkan sumber pendapatan lain selain dari makan gaji.

#PrezCom