Kuala Lumpur, 2 Januari 2024.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Universiti Antarabangsa Perubatan (IMU), Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman yang juga Felo Akademi Sains Malaysia berkata; ” kita sudah berada didalam endemik dan ini bermakna COVID-19 akan sentiasa berada didalam persekitaran dan bermutasi tanpa ada tanda-tanda akan lenyap dari muka bumi ini. Beliau menasihatkan agar orang ramai melakukan langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah jangkitan virus itu.
Terdahulu sebelum ini Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata terdapat 15kes COVID-19 dikesan di Kelantan di pusat pemindahan banjir (PPS) isitu di Pasir Mas dan jajahan Tanah Merah. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga mengingatkan rakyat Kedah agar terus berjaga-jaga susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 terutama di tiga daerah utama iaitu Kulim, Kuala Muda dan Alor Setar yang melaporkan jangkitan COVID-19 yang membimbangkan.
Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad didalam sidang media minggu lalu memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi COVID-19 dan mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan. Orang ramai perlu melaksanakan tanggungjawab sivik bagi melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi ahli keluarga dan seluruh masyarakat terutamanya golongan berisiko tinggi.
#PrezCom