
Kuala Lumpur, 1 Januari 2024, 4.00 petang -ELAKKAN mengguna aplikasi yang menyiarkan MAKLUMAT PERIBADI ANDA tanpa kebenaran agar dapat mengelak dari disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai juga diingatkan agar tidak sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi mereka di media sosial atau di aplikasi lain.
Kebanyakan pengguna sering cuai dengan memuatnaik data peribadi mereka secara terbuka di media sosial tanpa menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan data mereka untuk perkara negatif.
Biasanya pengguna media sosial teruja dengan memuat naik gambar yang mengandungi maklumat peribadi contohnya keputusan peperiksaan di mana di dalamnya terkandung nombor kad pengenalan dan lain-lain, begitu juga mereka yang memuatnaik gambar pasport sedangkan banyak maklumat peribadi di dalamnya.
Pengguna-pengguna di luar sana, jangan kita sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi sama ada nama, tarikh lahir, nombor akaun (bank) atau apa apa sahaja maklumat. Data peribadi rakyat negara ini adalah tertakluk di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Sekiranya mana-mana pihak memperolehi data peribadi (kita), dan menyebar luaskannya tanpa persetujuan kita. Hubungi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membantu sekiranya ada pihak yang mencuri dan menyebarkan data peribadi orang lain.
#PrezCom