Rakyar Malaysia Bercuti Di Hatyai Thailand

Kuala Lumpur, 31 December 2023, 6.00 petang – ADA segelintir yang bertanya, apa telah berlaku didestinasi percutian Malaysia apabila menerima berita sejumlah RM100 juta atau mungkin lebih, wang yang sepatutnya mengalir ke dalam kantung kerajaan Malaysia telah disalurkan keluar ke Thailand oleh orang rakyat Malaysia yang merancang percutian mereka ke negara tersebut.

Fenomena biasa yang berlaku di setiap musim cuti sekolah dimana setiap orang yang ingin bercuti akan merancang kemana destinasi percutian mereka dan keluarga. Tetapi mengapa mesti rakyat Malaysia sendiri memilih negara luar seperti Thailand?

Selama tiga hari percutian,  Hatyai adalah pilihan pertama untuk menikmati percutian oleh rakyat Malaysia. Anggaran pengunjung atau keluarga berbelanja minimum RM1,000 melibatkan 100,000 pengunjung.

Malaysia dilihat gagal mengambil kesempatan tersebut meskipun mempunyai banyak lokasi menarik pelancongan apabila didakwa pelancong dari negara jiran tidak menjadikan negara ini sebagai destinasi utama pilihan berikutan masalah birokrasi. Sebagai rekod, dari awal tahun ini sehingga Oktober lalu, seramai tiga juta pelancong Malaysia memasuki Thailand.

Hatyai Thailand

Dalam tempoh sama, pelancong Thailand yang direkodkan memasuki Malaysia pula adalah kira-kira 700,000 orang iaitu perbezaan yang cukup ketara. Dalam tempoh empat hari dari 15 sehingga 18 Disember lalu sahaja sebanyak 15,397 rakyat Malaysia yang memasuki Thailand menerusi sempadan negeri ini.

Di Kedah pula, lebih 80,000 pelancong direkodkan memasuki Thailand melalui dua pintu sempadan negeri itu. Ianya bertambah rancak sempena cuti perayaan Krismas baru-baru ini apabila lokasi pelancongan popular tersebut terus dipenuhi pengunjung dari negara ini.

Bercakap kepada akhabr, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Izizam Ibrahim berkata, beliau mengakui terdapat sedikit birokrasi dan pihaknya akan meneliti rungutan tersebut bagi menarik pelancong Thailand ke negara ini.

Apa yang dimakaudkan dengan karenah birokrasi adalah, terdapat rungutan seperti bas pelancongan dari negara jiran memasuki Malaysia susah dan sebagainya berikutan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana rakyat Thailand memasuki Malaysia untuk tujuan kerja dan sebagainya, sekali gus sukar membezakan antara pelancong dan pekerja.

Walau bagaimanapun pihak di Malaysia akan melihat kembali beberapa perkara yang harus diambil kira bagi memastikan pelancong dari Thailand kembali mengunjungi Malaysia seperti dahulu. Ini juga bagi memastikan penambahan pendapatan kepada negara sebagaimana rakyat Malaysia berbelanja di negara jiran berkenaan.

Malaysia termasuk di Perlis juga sebenarnya mempunyai banyak lokasi pelancongan menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Kehadiran ramai pengunjung Malaysia ke Thailand begitu menggalakkan kerana kemesraan orang di Thailand terhadap pelancong yang melawat ke negara itu berbanding Malaysia.

#PrezCom