Kenaikan itu menyaksikan mereka perlu membayar sekitar RM12 hingga RM32 sebulan bagi bil elektrik rumah

Kuala Lumpur, 31 December 2023, 9.00 malam – BERMULA 1 Januari 2024 hingga 30 Jun tahun depan, dianggarkan kenaikan RM220 kadar bil bulanan iaitu sekitar 4.2 hingga 6 peratus yang melibatkan kira-kira 1.2 juta pengguna elektrik domestik.

Kenaikan itu menyaksikan mereka perlu membayar sekitar RM12 hingga RM32 sebulan bagi bil elektrik rumah mereka. Namun, sejumlah 85 peratus atau seramai 7 juta pengguna domestik di Semenanjung tidak terjejas dengan pelarasan tarif di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) bagi tempoh tersebut.

Suruhanjaya Tenaga (ST) berkata, pada 13 Disember lalu kerajaan bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah ICPT dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna di Semenanjung kecuali pengguna di Kulim Hi-Tech Park, Kedah.

Tarif elektrik bagi pengguna domestik dengan dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 600 Kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah kekal menerima rebat 2 sen/kWj. Pengguna dengan unit penggunaan elektrik melebihi 600 kWj hingga 1,500 kWj tidak dikenakan surcaj.

Manakala dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj, surcaj kekal pada kadar 10 sen/kWj,” katanya dalam kenyataan tadi. Manakala dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj, surcaj kekal pada kadar 10 sen/kWj.
Subsidi daripada kerajaan masih juga diberi kepada sejumlah 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik. Manakala bagi semua pengguna bukan domestik, surcaj yang dikenakan adalah kekal sama.

Bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.9 bilion subsidi kepada kategori-kategori pengguna yang terlibat. Ini berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi.

Selain itu, pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang dapat dicapai melalui laman sesawang https://myelectricitybill.my/.
Pengguna boleh merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan.

#PrezCom