
Kuala Lumpur, 29 Disember 2023, 13:49 – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan disalurkan terus kepada mangsa banjir. Peruntukan sebanyak RM50 juta itu diluluskan kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung kepada kerugian yang dialami mangsa banjir. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir terutama kerajaan negeri dan tidak lupa juga kepada kerajaan pusat yang tidak putus menghulurkan bantuan seperti yang diharapkan.
Jelas kelihatan kerjasama di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam menjadikan proses membantu mangsa-mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat. Apa yang penting kita semua mahu meredakan keadaan yang menekan perasaan rakyat dan menghilangkan keresahan yang dihadapi akibat banjir.
#PrezCom