Buang Ego Primadona

Kuala Lumpur, 27 December 2023, 10.00 malam – PENERBIT Filem dan pelakon, Raja Azmi, 64, menyarankan penggiat seni veteran agar sedia belajar kemahiran kerja lain di belakang tabir apabila sudah tidak laku sebagai pelakon dan mendapat tawaran kerja dalam bidang berkenaan. Paling penting apabila sudah tidak diperlukan lagi, buang ego primadona itu, terima hakikat dah tak laku. Kata Raja Azmi.

Beliau juga menyarankan persatuan seperti Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bergabung menubuhkan satu yayasan khusus untuk membantu penggiat veteran yang tiada tawaran kerja untuk mempelajari kemahiran baharu.

Demi kelangsungan hidup, pelakon veteran ini harus disalurkan pada kemahiran lain pula. Beliau memahami penggiat veteran perlukan kerja lakonan untuk memperoleh sumber pendapatan Tapi, peluang kerja berlakon yang ada pula terhad dan selalunya sudah diisi oleh pelakon lain.

Mereka perlu disalurkan kepada kemahiran lain supaya pendapatan mereka tidak akan putus. Mereka patut mencuba perkara lain seperti kerja di belakang tabir pembikinan drama itu bagi meraih pendapatan apabila sudah tidak laku sebagai pelakon.

Apatah lagi, bidang lakonan di Malaysia ini ada ‘time frame’ untuk seseorang pelakon. Tidak dinafikan ada juga pelakon veteran yang masih aktif berlakon namun tidak semua bernasib baik.

Raja Azmi berkata, dia sendiri aktif sebagai pelakon sejak 2016 lalu, namun pembabitannya dalam industri hiburan tempatan bermula dari 1993 sebagai penerbit filem, novel, komik dan animasi yang boleh dikatakan hampir mencecah 34 tahun.

kredit to lulupages

Raja Azmi berkata, beliau amat bersyukur dengan keadaan dirinya kerana beliau tidak begitu bergantung kepada bidang lakonan semata-semata. Cuma sekiranya mendapat tawaran beliau sedia menerimanya. Buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang masalah.

Menurut Raja Azmi, sebagai pengiat seni, kita harus sentiasa bersedia dan menerima bahawa suatu masa bakat lakonan yang ada pada diri kita tidak akan ditagih lagi oleh producer filem kerana pelakon baru akan mula mengambil alih peranan kita di dalam perfileman.

Apa yang perlu adalah persiapkan diri dengan kemahiran lain untuk pencarian pendapatan seterusnya. Makin hari semakin ramai pelakon lelaki dan wanita yang cantik , kacak dan pandai didalam dunia lakonan. Sudah tentu mereka akan jadi buruan producer dan pembikin filem untuk melariskan hasil usaha mereka

Tidak hanya itu, Raja Azmi juga mengingatkan kepada segelintir penggiat seni veteran agar membuang ego ‘primadona’ sekiranya masih ada dalam diri mereka kerana di usia yang semakin tua sekarang ini sudah tidak dipandang lagi.

Mengenai cadangan penubuhan yayasan, Raja Azmi berkata, ia mungkin dapat membantu penggiat veteran dengan kemahiran kerja yang lain di belakang tabir pembikinan drama seperti pembuat minuman, mengurus penyediaan makanan, pembantu jurusolek dan apa saja yang sesuai serta boleh mereka buat.

Profima dan Seniman perlu membantu cari jalan penyelesaian terbaik. Masalah kekangan tawaran kerja dihadapi penggiat veteran seperti pelakon ketika ini agak kritikal. Jadi, sebagai persatuan yang berkaitan, perlu membuat langkah segera untuk membantu artis senior ini terus mendapat sumber pendapatan,” katanya.

Baru-baru ini, menerusi video ‘podcast’ di TikTok penerbit dan pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli dipaparkan luahan pelakon, Rosnah Johari, 60, yang membuka mulut mengakui sudah empat bulan tidak berlakon kerana tiada sebarang tawaran diterima.

Luahan sedih itu didedahkan Rosnah yang turut mewakili ramai rakan artis seangkatannya yang sudah berusia serta kini perlu akur duduk di rumah kerana tiada tawaran kerja yang diterima daripada pihak produksi.

Selain tiada tawaran kerja, segelintir penggiat veteran turut meluahkan mereka menerima bayaran lakonan rendah dan tidak setimpal antara RM150 sehingga RM200 oleh pihak produksi bagi satu episod dengan alasan kekangan bajet.

#PrezCom