Pelajar Ditipu Hampir RM15,000

Kuala Lumpur, 25 December 2024, 12.00 tengahari – SEORANG pelajar berusia 19 tahun telah kerugian hampir RM15,000 kerana tidak menyedari telah tejebak dengan satu sindiket penipuan setelah terpengaruh dengan satu iklan jawatan separuh masa ( part time ) di media sosial.

Pelajar tersebut yang mahu dirinya dikenali sebagai Wendy, telah melayari facebook miliknya dan menjumpai satu iklan jawatan dimana para pencari kerja yang berminat hanya perlu memberi ulasan yang bagus atau ulasan yang positif ( good reviews) mengenai syarikat penerbangan.

Apabila Wendy membuat permohonan seterusnya didalam talian tersebut, dia telah disambut oleh seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai salah seorang kakitangan syarikat itu dan terus menerangkan bagaimana untuk menjalankan perkerjaan itu.

Menurut wanita itu, Wendy hanya perlu meninggalkan komen yang baik yang bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pembaca untuk memenuhi ruangan yang disiarkan. Untuk tugas itu Wendy akan dibayar sejumlah RM23 dari syarikat tersebut.

Untuk tugasan seterusnya, wanita itu meminta Wendy membayar sebanyak RM100 menerusi akaun bank yang diberi bertujuan untuk mendapatkan sedikit keuntungan dengan menjadikan jumlah itu sebanyak RM131 berserta komisyen yang dibayar oleh syarikat.

Seperti yang dijanjikan, Wendy telah memperolehi kembali wangnya yang berjumlah RM131. Disebabkan terbukti bahawa perkerjaan tersebut mendatangkan hasil, maka Wendy begitu yakin dengan perkerjaan separuh masa yang diceburinya itu dan sedikit sebanyak telah membantu dirinya untuk memperolehi wang saku bagi kegunaan sendiri.

Oleh kerana begitu yakin dengan perkerjaan tersebut, ia telah mendorong Wendy untuk terus berkerja dan terus membayar jumlah yang diminta untuk mendapat gandaan wang dari syarikat tersebut. Bukan setakat melabur dengan wang didalam simpanannya, malah Wendy telah meminjam wang dari rakan-rakannya untuk perolehi wang yang lebih banyak disamping mempromosikan kegiatan syarikat tersebut untuk menarik lebih ramai pekerja separuh masa bagi mendapatkan wang secara mudah.

Wanita tersebut meneruskan usahanya untuk memerangkap Wendy dengan berkata, dengan membuat pembayaran yang lebih banyak Wendy akan mendapat pulangan yang lebih banyak. Membuat pelaburan yang menguntungkan memerlukan pelaburan yang tinggi dan dalam jumlah yang banyak.

Wendy turut mengakui dengan beberapa kali pelaburan dia telah memperolehi keuntungan sehingga berganda dan keyakinannya terhadap pekerjaan tersebut semakin mendesak. Wanita itu meneruskan usahanya untuk terus memujuk Wendy supaya terus melakukan pelaburan dan meminta supaya Wendy membawa lebih ramai kawan untuk menyertai perkerjaan mereka.

kredit to borneoroad.spot

Selepas memberi beberapa ribu ringgit, Wendy memberitahu wanita tersebut bahawa dia tidak mampu lagi untuk menyumbang lebih banyak wang dan meminta supaya wanita dan syarikat tersebut memulangkan semula wang yang dilaburkan. Namun wanita itu berkata sekiranya Wendy mahu mengambil semua wangnya mereka mahu Wendy membayar sebanyak RM5000 ringgit lagi dan mereka akan menambah komisyen hasil dari pelaburan tersebut.

Sebelum itu seorang rakan telah memberitahu bahawa terdapat kekeliruan dan sedikit rasa tidak puas hati apabila wanita itu tidak mahu memulangkan wang pelaburan malah mahu Wendy menambah wang untuk mendapatkan semula wang pelaburan. Apabila sedari telah tertipu Wendy berkata kepada wanita itu ingin membuat aduan kepada Pusat Pencegahan Wang Nasional ( NFCC ) tetapi wanita itu berkata dia akan memberi lebih komisyen sekiranya Wendy membatalkan niatnya untuk membuat aduan.

Malangnya semua telah terlambat. Wendy cuba menghubungi kembali syarikat dan wanita tersebut namun nombor telefon yang diberi tidak lagi dapat dihubungi. Sebelum itu wanita tersebut ingin memberi satu salinan certificate pelaburan namun Wendy tidak menerimanya kerana telah membuat aduan kepada pihak polis.

Wendy meluahkan rasa kesalnya kepada Biro Aduan MCA dia telah kehilangan hampir RM15,000 dan RM12,000 dari jumlah tersebut adalah wang yang dipinjam dari sahabat-sahabatnya. Wendy juga telah menasihat orang ramai supaya berhati-hati dengan iklan-iklan didalam facebook atau media sosial yang lain mengenai penipuan di dalam talian dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mensyaki bahawa iklan tersebut berbentuk penipuan atau scamm.

Sementara itu, supritenden Polis Chua Jian Boon berkata, sebelum ini, beliau telah menerima kes yang hampir sama dimana mangsa telah ditipu sebanyak RM30,000. Setiap hari terdapat teknik penipuan terbaru yang diwujudkan oleh sindiket penipuan wang di dalam talian. Begitu juga setiap hari tentu ada mangsa yang terjebak dengan sindiket ini kerana inginkan keuntungan dan mahu mencari kekayaan dengan cepat dan mudah.

Chua menasihatkan orang ramai untuk segera berhubung dengan pihak polis sekiranya terdapat penipuan yang ingin menjerat mangsa ditalian 07-3630008.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Tak Habis-habis Isu Penipuan Keldai Akaun!