KUALA Lumpur, 23 December 2023, 3.00 petang – POLIS menembak mati tiga penjenayah dipercayai warga asing di Selayang, di sini, awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Ke tiga-tiga penjenayah tersebut dipercayai adalah warga asing.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Ariffin Mohamad Nasir berkata, identiti tiga individu berkenaan sedang dikenal pasti.
Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan menberikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu pada sidang akhbar pada pukul 2 petang ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Berbagai rekod jenayah didapati berlaku di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakang yang melibatkan pendatang asing.
Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk berkerja, malah ada diantara mereka yang berani bersubahat dengan kegiatan haram.
#PrezCom