
Kuala Lumpur, 21 December 2023, 12.34 tengahari – COWAY, satu jenama peralatan kesihatan yang begitu terkenal diseluruh dunia. Bukan sahaja menjaga kesihatan, malah, menyerikan rumah menjadikannya begitu indah dengan reka bentuk peralatan Coway yang menarik dipandang dan mengisi ruangan kosong untuk diserikan. Coway sebenarnya mengubah kehidupan diseluruh negara.
Coway telah merintis jalan yang panjang untuk mencapai kemajuan dan membangun dengan teknologi tinggi serta berkualiti di dalam memberi kecergasan di dalam diri dan penjagaan makanan serta mimuman yang terjamin kebersihannya. Konsep memiliki barangan rumah berteraskan kesihatan ini bukan sahaja terkenal dinegara asalnya iaitu Korea, malah kini telah merebak diseluruh dunia.
Tiada perkara yang lebih penting lagi di dalam kehidupan seharian kita melainkan mempunyai peralatan rumah yang khusus dicipta untuk menjaga kesihatan serta menjamin kebersihan disekeliling kita. Dengan adanya barangan khas yang menjaga kehidupan harian kita, kesegaran akan sentiasa kita rasai dan setiap perkara yang kita lakukan akan memberi keyakinan yang tinggi.
Semenjak kebelakangan ini, konsep memiliki peralatan rumah yang berteraskan kesihatan menjadi satu permintaan yang tinggi dikalangan peduduk diseluruh negara kerana peralatan kesihatan ini telah dipertingkatkan kualitinya bagi menambahkan kecergasan di dalam diri dan menjamin kebersihan makanan serta air yang kita minum.
Apa yang lebih mengembirakan lagi dan memudahkan pergerakan, semuanya telah tersedia dikeliling kita sekiranya peralatan rumah yang berteraskan kesihatan ini telah kita miliki. Bukan sahaja dirumah, malah dipejabat juga kita boleh memiliki peralatan menjaga kesihatan ini dengan meletakkannya dimana-mana ruang yang kosong.
Coway kini seperti menjadi satu buku rujukan kepada rakyat Malaysia iaitu bagaimana untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan sihat serta bagaimana untuk mendapatkan air bersih dan berkualiti. Kepada individu yang begitu mengambil berat tentang kesihatan keluarga, mereka akan memilih Coway kerana peralatan Coway lebih mudah dan mampu dimiliki dengan sewaan bulanan yang berpatutan serta menjamin cara kehidupan yang sihat.
Di dalam satu wawancara diantara Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia, bersama Business Today, Kyle Choi telah berkongsi perjalanan syarikat Coway sejak 2014 dan bagaimana beliau dan beberapa pengusaha Coway yang lain berazam untuk mengubah struktur Coway secara menyeluruh untuk dijadikan peneraju dan pilihan utama barangan kesihatan dinegara ini.
Menurut Kyle, beliau mula membawa masuk perniagaan Coway ke negara ini pada tahun 2003 setelah sekembalinya dari Korea. Kyle merupakan seorang juruaudit disebuah firma iaitu ‘Big Four’. Beliau telah menjumpai sifat-sifat di dalam Coway yang boleh digunakan untuk membuat keuntungan. Untuk itu, beliau telah mengambil keputusan untuk melancarkan perniagaan dan mengembangkannya struktur Coway untuk diperniagakan. Beliau juga telah membuat satu sistem untuk mengawal kos operasi serta harga produk.
Kyle berkata kepada pihak media bahawa, beliau mempunyai satu pasukan yang menyalurkan khidmat nasihat kepada para agen dan pelanggan tentang keberuntungan untuk menjalankan perniagaan ini dan mengajak mereka yang berminat untuk memikir di luar kotak bagaimana untuk menjadi ketua di dalam membina struktur berpasukan untuk menggalakan jualan. Berkeyakinan, sabar dan bersikap professional merupakan kunci kejayaan kepada perniagaan.
Pengalaman dan pendedahan di dalam perniagaan Coway telah menjadikan siapa diri beliau ketika ini. Kyle bukan sahaja Pengarah Urusan kepada Coway Malaysia, malah pada masa yang sama merupakan Pengarah Urusan kepada Coway Thailand dan juga Coway USA. Terdapat banyak perbezaan dari segi pemasaran yang boleh dijadikan contoh untuk agen dan pengguna di Malaysia.
Pada pandangan beliau, menjadi Pengarah Urusan kepada dua negara yang berbeza budaya perniagaan dan persekitaran, telah menjadi kunci kejayaan beliau di dalam mengenal pasti sikap pelanggan dan cara pemasaran yang berlainan tetapi memberi kesan yang begitu berguna kepadanya untuk dijadikan panduan kepada syarikat Coway di Malaysia.
Kyle Choi dan juga pasukan beliau mengambil berat tentang kakitangan yang menjalankan tugas-tugas untuk Coway. Kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada keupayaan kakitangan yang menyokong setiap langkah yang diatur dan disusun untuk mencapai matlamat dan visi perniagaan. Untuk itu keperluan mereka harus diambil perhatian supaya tidak berlaku halangan untuk melancarkan perancangan.
Ibu pejabat Coway di Korea, telah membina satu produk yang baru yang diberi nama ‘ OMBAK ‘ iaitu penapis air khas untuk semua pengguna Coway di Malaysia. Pasukan pengurusan Coway telah menyasarkan untuk menukar cara hidup para pengguna Coway dengan menampilkan satu produk yang lebih berkualiti dan memberi kesan yang lebih baik kepada pengguna dan memberi keuntungan kepada penjual dan pengedar.
Selain itu Kyle Choi juga telah menyenaraikan setiap kejayaan yang diperolehi oleh para pengedar dan penjual untuk diberi anugerah sebagai galakan dan dorongan untuk lebih maju dan berdaya saing. Namun, dengan kedatangan ‘Perintah Kawalan Keselamatan’ disebabkan peningkatan kes Covid-19, telah membantutkan seketika pelancaran produk-produk Coway. Tugas pemasangan dan memperbaiki komponen yang belum dan yang rosak terpaksa ditangguhkan dahulu disebabkan pegerakan kawalan keselamatan tersebut.
Coway Malaysia telah menyasarkan untuk menjadi syarikat yang membekalkan alat penjagaan kehidupan yang berterusan dan mengekalkan keupayaan prestasi terbaik serta konsisten. Ini membolehkan syarikat membuka banyak peluang perkerjaan kepada pencari kerja yang ingin membina kerjaya demi masa depan yang cerah.
Perkerja seperti “ Cody” atau Coway Lady adalah salah satu cabang pekerjaan yang memenuhi pasaran kerja di Malaysia. Ramai wanita yang berkerja sebagai Cody amat bangga dengan perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan. Selain itu, kepada suri rumah tangga yang berminat untuk menyertai sebagai Cody, boleh membuat permohonan kepada syarikat Coway. Dengan peluang pekerjaan ini, dapatlah wanita seperti ibu tunggal dan suri rumah membantu menyara anak-anak dan keluarga.
Dengan bertambahnya berbagai jenama peralatan kesihatan dipasaran, serta peningkatan pengguna barangan kesihatan, bermakna begitu ramai rakyat Malaysia yang begitu mengambil berat mengenai kesihatan diri dan keluarga. Ini memberi peluang kepada syarikat Coway untuk menambah lebih banyak produk baru yang lebih berkualiti untuk kegunaan pengguna.
Usaha untuk menjadikan syarikat dan barangan Coway lebih berdaya saing, bukan sahaja produk akan ditampilkan , malah khidmat nasihat dan penerangan akan sentiasa disalurkan dari masa ke semasa. Sifat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, amat diyakini dan pelbagaikan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra pengguna, akan sentiasa menjadi keutamaan syarikat Coway dan kakitangannya.
#PrezCom