
Kuala Lumpur, 19 December 2023, 17:00 – PELAKON dan penyanyi terkenal, Elizabeth Tan, berpendapat, bukan mudah untuk bertahan dalam industri hiburan yang didominasi orang Melayu. Justeru, pelakon dan penyanyi itu menggalakkan rakan artis daripada bangsa apa pun agar menguasai bahasa Melayu dengan baik sebagai ‘modal’ untuk mereka bertahan dalam industri.
Ia boleh menjadi lebih sukar apabila seseorang itu tidak fasih berbahasa Melayu, kata Elizabeth Tan. Hal itu diingatkan selepas melalui pelbagai pengalaman selama lapan tahun aktif dalam industri seni tanah air. Elizabeth nasihatkan supaya rakan sekerja yang bukan Melayu, belajarlah menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Elizabeth sendiri tak percaya boleh bertahan begitu lama sebab biasanya pelakon bukan Melayu takkan bertahan lama dalam industri ini. Elizabeth juga berkata, selain menguasai bahasa Melayu, seseorang selebriti juga masih bergantung kepada nasib untuk mengecap populariti.
Elizabeth sendiri mengakui bahawa ada ketika dia tersalah sebut sesuatu perkataan, atau masih pelat dalam berbahasa Melayu namun perlu berusaha untuk menguasainya untuk memberikan persembahan yang terbaik. Berusaha sangat penting selain daripada mengharap tuah menyebelahi insan seni seperti mereka.
Kebanjiran warga asing di negara ini mencari rezeki sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk membangun serta memajukan penggunaan Bahasa Melayu. Berdasarkan data rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2015, ada lebih 2 juta pekerja asing di negara ini yang bekerja di sektor pertanian, perkhidmatan, pembinaan, pembuatan dan pembantu rumah.
Mereka terdiri daripada warga Bangladesh, Thailand, Filipina, Pakistan, Myanmar, Nepal dan India. Dalam keadaan mereka seramai itu dan gagal pula menguasai bahasa Melayu sesetengah rakyat negara ini kadang-kadang terasa seperti asing di tanah sendiri.
Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyarankan kerajaan mewajibkan pekerja asing mengikuti dan lulus kursus asas bahasa Melayu sebelum diterima bekerja di Malaysia. Sekurang-kurangnya kena ajar bahasa asas bahasa Melayu. Sebab kadang-kadang terasa ibarat pendatang walaupun berada di negara sendiri.
Mohd Khairuddin berkata pekerja asing perlu lulus asas bahasa Melayu bagi memudahkan dan melancarkan sebarang urusan yang berkaitan dengan mereka. Memang sangat wajar warga asing dilatih berbahasa Melayu sebelum datang ke Malaysia atau mengikuti kelas berkenaan yang dikendalikan melalui kedutaan mereka di sini.
#PrezCom