Kuala Lumpur, 18 December 2023, 10.00 malam –APA yang dapat kita saksikan sepanjang 2023 ini adalah, sama ada kos untuk menyara kelangsungan hidup semakin hari semakin meningkat dan juga berbagai kos lain yang terpaksa dinaikkan disebabkan peredaran zaman.
Ini akibat daripada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan asas, mahupun kos gaya hidup, corak perbelanjaan dan tahap kehidupan berubah, menjadikan rakyat semakin derita ketika ini. Selepas musim covid-19 yang melanda dunia beberapa tahun yang lepas, berbagai kemusnahan telah pun kita semua lalui termasuk kemusnahan ekonomi yang dahsyat.
Ia ditambah lagi dengan pendapatan upah dan gaji yang tidak meningkat, sistem perlindungan sosial tidak mencukupi, hutang isi rumah masih tinggi, kadar kemiskinan masih serius, serta peningkatan harga perkhidmatan asas dalam kehidupan seperti pendidikan, perubatan serta perumahan.
Graduan terpaksa menyorok ijazah mereka untuk mencari pekerjaan yang memerlukan kelulusan SPM ataupun diploma. Ini bukan disebabkan graduan ini tidak ada kemahiran khas, tidak mahir berbahasa Inggeris atau memilih kerja, tetapi hakikatnya, penciptaan pekerjaan setaraf dengan kelayakan mereka sangat sedikit di pasaran.
Kejatuhan nilai ringgit ketika ini pula makin mengeruhkan lagi keadaan dengan peningkatan kos Kehidupan rakyat. Baru-baru ini pula, Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan. Namun, bagaimana jika ia dinaikkan pada keputusan monetari akan datang?
Selain itu, bantuan kepada rakyat memerlukan perlu dilaksanakan secara bersasar agar kemiskinan dapat dibasmi dengan baik.
Justeru, semua parti politik perlu berusaha agar rakyat perlu diselamatkan dan kos sara hidup perlu diatasi segera oleh pihak kerajaan. Semoga nasib rakyat akan terus didengari dan dibela.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: